Saturday, November 27, 2010

Analisis Sukan Asia Edisi Ke-16 Guangzhou

Analisis ringkas penulis mengenai beberapa acara sukan di Sukan Asia Guangzhou:

1. Badminton
  • Dalam sukan ini, kita gagal merangkul pingat emas apabila penyandang emas Sukan Asia di Doha Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Indonesia. Datuk Lee Chong Wei terus longlai di tangan Lin Dan yang sesungguhnya berada di tahapnya yang tersendiri
  • Prestasi buruk badminton dimulakan oleh pasukan lelaki a/b tewas di tgn THAILAND. Kekalahan ini sungguh tidak dapat diterima akal a/b Lee Chong Wei kalah, dan tewas 3-2 kepada Thailand. Kekalahan ini juga dikritik oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Shabery Chik. Kritikan ini ada asasnya apabila sy melihat terutamanya perseorangan negara yang ke-3 begitu lemah, dan tidak dapat menyerap tekanan semasa didalam pertandingan.
  • Nampaknya skuad badminton negara begitu ketandusan pemain dan hanya berharap kepada Chong Wei dan Koo-Tan. Hafiz Hashim sudah tidak berada ditahap yang baik, dan Choon Hann sy kira sudah menggantung raket drp mewakili skuad kebangsaan. Namun belum dapat bayangan pengganti mereka yang berkaliber.

2. Bola Sepak
  • Skuad kali ini hadir di bumi Guangzhou bersama-sama skuad tempang a/b 9-10 pemain dlm skuad utama tercedera. Kalau sy menjadi jurulatih juga akan pening kepala. Ia turut berlarutan a/b semasa perlawanan pertama, Norhafiz sebagai kapten dan bek tgh tercedera. Semasa perlawanan kontroversi melawan China di mana 2 pemain Malaysia dilayangkan kad merah tanpa sebab yg relevan.
  • Tetapi skuad kita mampu mara ke pusingan kedua, walaupun hanya menang sekali dan kalah 2 kali. Semangat juang mereka harus dipuji, namun banyak kelemahan yg perlu diperbaiki. Semoga mereka berjaya di Piala Suzuki bulan hadapan.
3. Bowling
  • Sukan ini diberikan harapan yg cukup tinggi terutama barisan wanita kita utk mengulangi sejarah pada Sukan Asia Doha 4 thn yang lalu. Namun begitu, skuad wanita beraksi longlai dan gagal mendapatkan emas.
  • Sy melihat skuad ini membariskan pemain2 yang berusia seperti menunjukkan kita ketandusan pemain yang hebat. Cthnya, seperti Shalin Zulkifli yang seperti hilang sengatnya. Kita ada pemain muda seperti Zandra Aziela, namun pemain2 muda ini masih kekurangan pengalaman terutama di Kejohanan-kejohanan besar seperti Sukan Asia
  • Skuad bowling negara diselamatkan oleh skuad lelaki yang boleh dianggap beraksi mantap a/b Alex Liew menang dlm acara All-Events , dan dlm acara pair bersama Adrian Eng.
4. Skuasy
  • Pasukan squasy negara menjadi penyumbang pingat emas terbyk negara dlm edisi kali ini dgn 3 emas, 2 individu lelaki dan wanita, dan 1 dr pasukan wanita. Kita seharusnya menyapu bersih keempat empat pingat emas itu tetapi skuad lelaki gagal menewaskan pakistan di final.
  • Agak pelik dimana Azlan Iskandar menang dlm acara individu, namun beliau tewas dlm acara berpasukan. Ong Beng Hee juga mengalami kemerosotan prestasi a/b gagal dlm acara individu dan terkandas semasa semi-final. Beliau juga turut kalah dlm acara berpasukan.
  • Pelapis dalam acara ini juga kurang menyerlah terutama acara lelaki. Perseorang ke-3 negara Nafzwan dirasakan terlalu jauh ditinggal dibelakang perseorgn pertama dan kedua negara, Azlan dan Beng Hee. Namun dlm dalam acara wanita, sy melihatkan seakan ada sinar penganti kepada Nicol, seperti Low Wee Wen yang menang gangsa dan juga Delia Arnold perseorangan ke-4 negara yang kedua-duanya masih muda.
5. Terjun
  • Acara ini begitu menarik kerana setiap acara kita mendapat pingat kecuali acara di hari terakhir, dimana atlet wanita kita menarik diri kerana kecederaan.
  • Dalam acara ini, kita sememangnya tidak dapt menandingi China yang terlalu unggul. Tetapi nama seperti Bryan Nickson Lomas, Kee Nee, Mun Yee, Pandaleela berjaya menyumbangkan pingat perak dan gangsa kepada negara.
  • Kelemahan pasukan ini ialah kita hanya menggunakan orang yang sama setiap hari, 3m papan anjal, 10m platform, sama ada individu, ataupun berpasangan sehing Mun Yee dan Pandeelela tercedera dan terpaksa menarik diri pada acara terakhir dan Malaysia turut kehilangan pingat terutamanya pingat gangsa.
  • Namun, syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka, namun begitu, usaha perlu dilipat gandakan kerana jarak kehebatan mereka dengan peserta China masih sgt jauh, dan dapt dilihat dr segi pungutan mata semasa pertandingan.

6. Basikal Keirin
  • Acara ini berjaya merangkul 1 pingat emas, dan 1 perak masing-masing melalui Azizulhasni dan Josiah Eng. Kegagalan Azizulhasni merangkul pingat emas di Komanwel yang lalu a/p pingat emas yg dimenangi beliau dibatalkan akibat kesilapan teknikal berjaya ditebus di sukan Asia kali ini.
  • Bukan mudah kerana sy melihat pelumba basikal dr China dan Korea Selatan begitu hebat a/b mereka menguasai acara-acara yg lain, namun dalam acara keirin perseorang, tempat 1,2 menjadi milik negara.
  • Sikap bias penganjur yg menukar jadual disaat akhir dan menyebabkan Azizulhasni tidak dapt turun didalam beberapa acara menyebabkan negara kita kehilangan beberapa peluang merangkul emas.
  • Kelemah skuad basikal keirin mungkin hanya dilihat pada pasukan wanita kita yg gagal menyinar dan terlalu berharap kepada Fatehah Mustapha sahaja. Skuad negara perlu mencari pelumba-pelumba wanita terutama dalam acara keirin ini yg sememangnya menunjukkan peluang besar Malaysia utk menguasainya.

Semoga atlet-atlet negara terus berusaha terutamanya di Sukan Olimpik London 2012, Sukan Komanwel 2014 di New Delhi, India dan juga Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

"Majulah sukan untuk negara".

*Ini adalah pendapat peribadi penulis sepanjang menjadi pemerhati bebas sukan asia semasa cuti semester. =)

2 comments:

YusRa said...

im here
follow me back
www.yusrasuperstar.blogspot.com

~ayusleeping~ said...

ayu singgah sini ^_~