Thursday, November 25, 2010

"Alejandro" dan yang tersirat

Don't call my name.
Don't call my name, Alejandro.
I'm not your babe.
I'm not your babe, Fernando.

Di awal penerbitan lagu ini, saya juga asyik melayani bait-bait lirik ini. Tapi pada masa itu saya agak jahil. Tidak dapat dinafikan, lirik yg catchy, dan melodi yg mudah diingati, ia seakan-akan menjadi “zikir nyayian” kepada kita yang mendengarnya.

Namun selepas sy terbaca sebuah artikel di Majalah Keagamaan, barulah saya sedar terdapat sesuatu di sebalik lagu “Alejandro” ini. Lagu ini menyelitkan element “double meaning” yang sebenarnya lari daripada norma dan nilai adat ketimuran. Lebih malang lagi, ia juga menyentuh kepada sensitivity agama, kaum, dan budaya. Lihat sahaja video klip penyanyi berpakaian pelik ini seperti Paparazi, Telephone, Alejandro dan banyak lagi. Jika anda perasan, anda pasti akan terlihat kelibat salib terbalik, lingkaran hitam putih, panahan kilat, dan nombor 6. Element-element ini sesungguhnya wujud didalam video klip dan dan mempunyai maksud yang tersirat.

Di dalam buku bertajuk “Nyanyian dan Muzik” nukilan Dr. Yusuf Al-Qardawi menjelaskan, sesuatu penyesatan dari jalan Allah sebenarnya boleh berlaku berdasarkan nyayian dan mendengar lagu sama ada disedari atau tidak disedari oleh penyanyi, pemuzik , composer dan juga pendengar itu sendiri.

Dalam Surah Luqman ayat 6 juga mengatakan “sesungguhnya nyayian ialah senjata menyesatkan manusia dari jalan Allah”. X perlu melihat Lady Gaga, kita lihat sahaja artis Malaysia.

Contohnya bait-bait lagu ini:

Tiada lafaz yang lebih agung

Kalimah cintamuYang ku tunggu-tunggu

Biar jasadku yang menanggung

Permainan darimu

Relaku pujuk

Dalam lirik ini menyatakan tiada lafaz yang lebih agung selain kalimah cinta daripada kekasihnya, sedangkan sebagai umat Islam, kita tau kalimah yang paling agung ialah kalimah memuji kebesaran Allah S.W.T. (Ini ialah sekadar contoh)

Kita berbalik kepada “Alejandro” dan Lady Gaga, dapat saya rumuskan dan ringkaskan penggunaan beberapa symbol –symbol yang sebenarnya menyentuh sensitivtity masyarakat dunia.

Simbol No. 6: Lady Gaga dilihat selalu menunjukkan tanda bulat dimatanya yang menyerupai seakan-akan teropong dengan mengunakan jarinya. Sebenarnya, tanda itu menyerupai symbol no.6 yang di ambil daripada angka trio 666 yang bermaksud ‘nombor keganasan’ atau pun disebut sebagai The Number of Beast. (http://en.wikipedia.org/wiki/Number_of_the_Beast)


Simbol Panahan Kilat: Terdapat sesetengah pakaian yang diperagakan oleh Lady Gaga mengandungi symbol berbentuk panahan kilat. Panahan kilat itu member maksud pembawa kemusnahan serta keganasa Tuhan yang mentadbir alam (http://www.crossroad.to/Books/symbols1.html)

Simbol Kepala Kambing: Simbol yang sememangnya sinonim dengan pengabdian syaitan di mana tanda ini sering kali digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti pemujaan dan aktiviti-aktiviti hitam yang lain. Ia juga digunakan sebagai prop di dalam video klip Lady Gaga

Simbol Lingkaran Hitam dan Putih: Ia digunakan oleh Lady Gaga sebagai prop video klipnya. Ia mewakili matahari dan Tuhannya menurut kepercayaan Kaballah Freemason.


Simbol Mata: Ia dianggap sebagai “mata tuhan” yang mampu melihat sekalian alam menurut kepercayaan Freemason dan illuminati. Hal ini dapat dilihat ketika Lady Gaga sering menonjolkan matanya pada gambar-gambar serta video klipnya


Simbol Salib Terbalik: Ia dikatakan sebagai symbol yang membawa kepada penyelewengan dan sesuatu yang negative iaitu membawa kepada konsep Satanism. Ia sering digunakan dalam upacara ritual dan ilmu gelap

.

Simbol Sacred Heart: Ia merupakan pendarahan hati Tuhan sebagai memilihara kesejahteraan umat manusia. Sacred Heart ini adalah hati yang dipenuhi darah serta dililit dgn dawai besi dan paku.

“Alejandro” dan “Fernando” yang diceritakan dalam korus lahi ini bukanlah merujuk kepada manusia biasa seperti lagu-lagu cinta yang lain. Kedua-dua nama ini merujuk kepada tuhan agama tertentu yang mempunyai kuasa luar biasa yang mampu memilihara umat sejagat.

Ada satu scene dimana di dalam video klip ini menunjukkan Lady Gaga mengangat tangan ke langit sambil menyebut kedua-dua nama tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat, ia sekadar lagu. Namun sy fikir inilah antara senjata-senjata halus yang digunakan utk meresap kedalam anak2 remaja yg masih rampuh keimanannya. Diri saya juga x pernah terlepas daripada perkara ini. Diharap kita sama-sama mampu menanganinya dengan bijak dan berhemah. =)

1.

1 comment:

Anonymous said...

banyak benda yang tersirat disebalik lady gaga tu,cuma xdpt cari lg video ritual...sblm ni kan cristina aguilera...