Thursday, December 24, 2009

Muallaf - Karya Terakhir



Hari ini, 24/12 saya telah melangkah ke pawagam utk menonton filem Muallaf, filem kelima dan arahan terakhir arwahyarham Yasmin Ahmad.

Filem ini telah lama disiapkan sekitar 2 thn yang lepas, namun hari ini sahaja baru ditayangkan di Malaysia. Ia telah ditayangkan di Singapura dan telah berkelana di serata dunia, namun bumi tercinta seakan lambat menerima kehadirannya.

Secara jujurnya, filem ini agak berat untuk ditonton kerana mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan agak berat. Namun itulah keistimewaan arwahyarham.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan 2 beradik , Rohani (amani) dan Rohana (alesyha) yang merupakan anak seorang Datuk (Rahim Razali) yang kaya. Mereka telah melarikan diri drp ayahnya, setelah ibu mereka meninggal dunia kerana ayahnya seorang yang kaki pukul dan kaki arak. Mereka melarikan diri dan menetap di Ipoh di sebuah rumah kawan kepada ibunya.

Rohani terpaksa bekerja di pub bagi menyara persekolahan adiknya, Rohana. Mereka telah berkenalan dengan cikgu sekolah rohana, Brian Goh (Brian Yap). Brian tertarik dengan dua beradik tersebut kerana kegigihan mereka mendalami agama Islam. Persahabatan antara mereka terus terjalin.

Keadaan ini mengingatkan Brian kepada zaman silam ketika dia masih lagi kecil. Dia telah dihukum berbogel dihadapan orang ramai oleh bapanya, seorang alim katholik kerana telah melakukan "onani". Ini membuatkan Brian hilang kepercayaan kepada agama.Sejak itu, Brian tidak berkunjung ke gereja walaupun sering didesak oleh ibunya.

Secara keseluruhan, filem ini mengangkat nilai persahabatan, kemaafan dan penerimaan sebagai nilai utama dalam filem ini.

Pengajaran

1. Jangan bersikap iri hati
- Cindy (rakan sekerja Rohani di pub) bersikap iri hati dengan Rohani kerana Rohani lebih disenangi oleh pelanggan dan bosnya.

2. Adat masuk ke rumah orang
- Adegan terlupa membuka kasut oleh Brian ketika hendak masuk ke rumah Rohani diulang 3 kali dari awal hinggan ke akhir. Ini bererti kita mengamalkan budaya timur, bukan seperti
budaya barat, sesuke hati jek masuk rumah orang pakai kasut.

3. Nilai setiakawan
- Walaupun Cindy iri hati dengan Rohani, dia sanggup tidak memberitahu alamat Rohani kepada samseng2 upahan ayah Rohani. Akibatnya, Cindy dipukul oleh samseng2 berkenaan.

-Cindy juga telah memberikan duit dari keuntungan pub itu kepada Rohani tanpa pengetahuan Rohani. Ini kerana Cindy mengetahui kesusahan Rohani untuk meneruskan kehidupan tanpa keluarga disisi

4. Keburukan meminum arak
- Jelas, kerana arak lah yang telah mengubah ayah Rohani menjadi kaki pukul. Arak lah yang telah memisahkan kasih sayang antara mereka.

- Terdapat salah satu dalam satu dialognya dalam filem ini seakan menyindir pendirian golongan2 tertentu yang masih lagi tiada keberanian untuk mengharamkan arak di negara ini walaupun kita tahu kesan buruk arak daripada sudut kesihatan fizikal dan mental.

"I don't hate my father, but i just hate the drink.. it had done so much damage...but until now, no one has the guts to ban it"..(lebih kurang la dialog dia cam nie)

5. Nilai kemaafan dan sikap tidak berdendam
- Nilai ini diterapkan semasa sebelum mereka tido, memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam kepada sesiapa.

- Nilai ini juga ditonjolkan oleh Rohani yang sanggup merawati ayahnya yang diserang strok walaupun ayahnya berperlakuan jahat terhadap dirinya dan Rohana.

6. Semangat untuk mendalami ilmu agama
- Dalam cerita ini, kelihatan Rohani dan Rohana kelihatan masih "jahil" dalam Islam. Namun mereka bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu Islam dengan membaca tafsir2 Al-Quran dan cubaan untuk mendapatkan guru bagi mengajar mereka secara lebih formal.

Kesimpulan

Bagi sesiapa yang ingin menonton filem ini, masuk lah pawagam dengan hati dan minda yang terbuka.

-3.5 bintang-

* Al-Fatihah kepada Allayarham Yasmin Ahmad

1 comment:

Ajami Hashim said...

i suka 'pengajaran' entri ni :)