Friday, December 18, 2009

Fantasi Negara Bangsa dan Angan-angan 1Malaysia

Soalan yang penting yang perlu dijawab, antara kerajaan dan rakyat, siapakah lebih berperanan untuk memupuk perpaduan? Dan siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan kaedah perpaduan yg dirancang? Saya rasa anda tau akan jawapannya... Tepuk dada, tanya selera...

Semalam kita merayau-rayau di blog-blog bloggers tanah air, sy terjumpe ini.


Hati ini membara jek bila membaca apa yang ditulis. Antara intipati penting ialah "UMT tempat hantu", "biasalah, Universiti tajaan kerajaan mmg begitu" dan "ramai melayu b***".

Kenapa perkara ini berlaku?

Banyak sebabnya. Stigma masyarakat dan kaedah yang dilaksanakan oleh kerajaan belum mampu untuk menghapuskan sifat perkauman yang extreme ini.

Kita perlu lebih rasional dan berada di atas bumi yang nyata. Apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita tidak seperti apa yang kerajaan harapkan. Sifat perkauman yang extreme ini bukan sahaja ada dalam diri masyarakat cina, tetapi melayu dan india juga. Saya boleh senarai 101 anggapan yg dikeluarkan oleh masyarakat2 berbilang kaum ini. Namun, ia tidak akan ada pengakhirannya.

Sifat seperti ini sudah meresap di dalam jiwa. Adakah "pembedahan" perlu dilakukan?

Adakah ubat "1Malaysia" akan menjadi penawar? Adakah konsep "negara bangsa" mampu menjadi "ubat mujarab" kepada masalah ini?

Sekali lagi kita perlu tepuk dada, tanya selera... Renung-renungkan...

4 comments:

Anonymous said...

terbakar hati saya membaca kata saudari berbangsa cina dengan rakan2 dia.
memang saya rasa nak cabai sahaja mulut dia.
tapi, difikirkan semula, kenapa saudari cina dan rakan2 nya itu berpandangan begitu terhadap kaum melayu?
adakah kita tahu puncanya mereka berpandangan begitu?
adakah disebabkan oleh hak istimewa kaum melayu?
didikan ibu bapa gadis cina itu yang mengajar gadis itu untuk berpandangan negatif kepada kaum melayu?
ataupun perangai kaum melayu itu sendiri?

1malaysia, pada pendapat saya, buat masa sekarang hanyalah penyelesaian jangka pendek dan ia boleh menjadi penyelesaian yang sepenuhnya jika perdana menteri kita mencari punca perkara sebegini berlaku.
fantasi boleh menjadi realiti jika kena caranya.
-DKC-

SoLeHiN said...

realitinya, org melayu kebanyakkannya pown ada tanggapan negatif terhadap masyarakat lain...

Banyak boleh kita lakukan seperti Sekolah Satu Aliran, dll...Tp ia sangat sukar kerana seperti saya katakan dalam tulisan sy, ia sudah meresap di dalam minda dan jiwa masyarakat kebanyakannya...

Anonymous said...

jadi, ini mungkin terlalu ekstrim, adakah brainwashing sudah menjadi satu alternatif untuk menyelesaikan masalah ini?
dengan mencuci semua stigma setiap kaum yang ada pada kaum lain?
dengan 'membasuh' stiap rakayat jelata dari stigma dan membentuk semula padangan setiap kaum?
difikirkan semula ia mungkin terlalu ekstrim.
pendapat saudara?
-DKC-

Anonymous said...

cuba u masuk dlm blog ni...
http://anginperubahan.blogspot.com/

that gurl already state her apologize thare...tp xtau la klau itu benar dari hati or......really hate racist people..