Sunday, November 22, 2009

Isu Nasional...Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar mengetahuinya.

Banyak perkara yang berlaku dinegara kita dari tempoh sehari ke sehari. Terlalu banyak isu yang berlaku dan kebanyakan isu-isu ini telah dipolitikkan sama ada ia melibatkan ahli politik atau pown ada campur tangan ahli-ahli politik. Ahli politik seperti lebih gemar "berpolitik" berbanding menumpukan kepada hal ehwal kebajikan rakyat seharusnya dan sewajibnya di angkat di kasta yang terpenting sekali.

1. Isu penajaan Haji
- Isu ini melibatkan MB Kelatan, Nik Aziz yang katanya akan ditaja utk mengerjakan haji oleh sebuah syarikat yang mendapat tender pembalakan di Kelantan. Pembuatan "menaja" ini sebenarnya tidaklah salah dr segi hukum syarak. Namun isu ini dibangkit oleh sekumpulan "pemuda UMNO" yang begitu "perihatin" terdapat isu ini dan mengesa SPRM untuk menyiasat kes ini sama ada ia mengandungi unsur-unsur rahsia ataupun tidak. Dalam hal ini, pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan mengenai kes ini. Dek kerana prihatin dengan respon dari media dan rakyat, Nik Aziz membatalkan hasrat utk mengerjakan haji tahun ini bagi memberi laluan utk siasatan dilakukan.

Komen: isu menaja dan ditaja haji tidak lah salah dr segi hukum syarak.. Namun dari pandangan ulama dan apa yang sy belajar di sekolah agama, "seelok-elok"nya, kita menggunakan wang dari hasil titik peluh dan keringat kita sendiri bagi menunaikan RukunIslam yang ke-5 itu. Dalam kes ini, sy berpendapat, Nik Aziz bersikap profesional dgn memberi laluan kepada siasatan yang akan dilakukan oleh SPRM dan sebenarnya ia juga akan memberi impak yang buruk kepada budak2 nakal UMNO jika SPRM gagal untuk membuktikan adanya unsur-unsur rasuah dalam isu penajaan dan tender pembalakan di Kelantan. Kita tunggu dan lihat..

2. Baiah talak 3 dalam PAS
- Isu baiah ini telah dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dan baiah ini telah disokong oleh isteri beliau. Baiah talak 3 ini memerlukan seseorang ADUN ataupun ahli Parlimen PAS untuk melakukan baiah iaitu sumpah setia bahawa mereka tidak akan mengkhianati PAS ataupun melompat parti, dan jika mereka khianat, mereka perlu untuk menceraikan isteri dengan talak tiga. Akibatnya daripada cerai talak 3 ini menyebabkan si suami x boleh rujuk kembali kepada isteri kecuali si isteri berkahwin lain, melakukan persetubuhan yang sah dgn suami baru dan bercerai. Barulah bekas suami ini boleh berkahwin kembali dengan si isteri dengan akad yang baru. Namun isu baiah talak 3 ini dinafikan oleh pucuk pimpinan PAS seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan Mustapha Ali.

Komen: Sebagai seorang non-partisan seperti sy, saya x mengetahui mengenai kesahihan cerita ini. Kebanyakan pemimpin PAS lebih senang bersikap berdiam diri. Adakah "diam tanda setuju?" ataupun diam kerana malas melayan kerenah media yang dikuasai UMNO dan BN. Ini kita tidak tahu. Namun kebanyakkan video di youtube (anda boleh mencarinya), menunjukkan adanya baiah talak 3 dalam PAS ini. Yang paling mengejutkan, isteri kepada Khalid Samad, Prof. Madya Dr. Zaitun Abu Bakar mengakui bahawa suaminya pernah mengakui kesahihan baiah tersebut. Ini adalah pengakuan dalam Berita Harian. Namun dalam konteks baiah ini, terdapat kebaikan dan keburukannya. Baiah ini menguatkan lagi kesetian kepada parti. Namun gadaian kepada baiah ini ialah seorang isteri yang sepatutnya kita lindungi, bukannya meletakkan "nyawa isteri dihujung tanduk". Mungkin gadaian kepada baiah ini boleh ditukarkan kepada perkara yang lain dan bukan seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Mungkin Khalid Samad tidak akan melompat dan mengkhianati PAS, namun moral kepada baiah talak 3 kepada isteri boleh dipertikaikan dan wajib dielakkan. Penceraian adalah perkara yang halal, namun sangat dibenci oleh Allah S.W.T.

3. Dr. Asri ditahan JAIS
- Kita digemparkan oleh berita Dr. Asri, bekas mufti Perlis yang ditahan dan akan didakwa oleh JAIS kerana memberikan ceramah tanpa tauliah di sekitar Selangor. Sehari selepas kejadian, JAIS menerima pelbagai kritikan dari segenap umat Islam di Malaysia. Kritikan itu ditambah oleh golongan-golongan pemimpin besar negara seperti D.S Najib, Tun Mahathir, dan Nik Aziz. Soal agama yang seharusnya menjadi bidang kuasa negeri, dikritik oleh institusi politik negeri lain, kerajaan persekutuan dan individu tertentu.

Komen: Seperti kita ketahui, jadual 2 list 9 Perlembagaan persekutuan, kuasa dalam bidang agama terletak dibawah kerajaan negeri. Maka sesebuah negeri berhak menentukan undang-undang yang bagaimana yang harus dijalankan. Mungkin Dr.Asri mengunakan "lesen agung" dengan kedudukan selaku ex-mufti dan mempunyai PhD, namun undang-undang mesti diletakkan ke tempat yang paling tinggi! Mungkin ramai orang boleh memandu dengan baik di atas jalan raya, namun xsemestinya semuanya mempunyai lesen yang sah. Undang-undang tetap undang-undang. Jangan kita berkompromi dengannya. Cuma diharapkan JAIS x bersikap pilih bulu, hanya menangkap ikan besar sahaja. Ikan kecik-kecik masih berkeliaran memberikan ceramah tanpa tauliah. Dakwa mereka sekali. Barulah ADIL.

4. Sekolah Satu Aliran (SSA)

- Kita mungkin sudah muak dengan isu ini. Namun kita perlu tahu mengapa isu ini dibangkitkan kembali. Mungkin ramai mengetahui pendidikan adalah salah satu factor utama bagi memupuk perpaduan. Dalam cabaran pertama Wawasan 2020, terdapat frasa yang mengesa kita kearah pembentukan Negara bangsa. Maka perpaduan dari peringkat awalan seperti disekolah harus dipupuk. Isu SSA ini sekali lagi dibangkitkan oleh Pakar Sejarah Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dimana SSA perlu dilaksanakan selaras dengan gagasan 1MALAYSIA. Jika system pelbagai aliran yang diperkenalkan oleh penjajah masih dikekalkan, nescaya usaha-usaha kea rah 1MALAYSIA hanyalah sia-sia sahaja. Namun seperti biasa, parti politk yang berteraskan kaum seperti MCA,GERAKAN, MIC dan DAP bangkit untuk mempertahankan sekolah vernacular iaitu SJKC dan SJKI.

Komen: Di Malaysia ini, kita mempunyai kepelbagaian terutama dr segi agama, bangsa, bahasa dan budaya. Ini lah menjadikan keunikan Malaysia yang sering menjadi perhatian penduduk dunia. Namun sy berpendapat SSA ini penting bagi mengukuhkan lagi perpaduan kita dan ingin memecahkan tembok penghalang antara sesebuah kaum. Sistem pendidikan yang mempunyai pelbagai aliran menyebabkan wujudnya kasta-kasta yang membezakan mereka. Mungkin kerajaan pernah datang dengan idea sekolah wawasan. Namun hingga kini, hanya ada 5 sahaja sekolah wawasan di Malaysia. Dan sekolah wawasan ini dipandang sepi oleh ibu bapa. Maka mekanisme baru perlu disuntik agar pendidikan dan perpaduan menjadi isu yang segar dimata semua. Dan Sekolah Satu Aliran menjadi jawapannya. Kita mesti berusaha kearahnya!

5. Opera MCA

- Isu di MCA dikatakan berpunca daripada pergolakan dalam parti itu sendiri. Terdapat 2 pihak majority, satu antaranya mahu kan EGM untuk melakukan pemilihan semula dan ada satu pihak mahu terus berpegang kepada “pelan perpaduan” yang telah dirancang. Namun pergolakan terus berlaku. Andai kata pergolakan dan masalah yang berada di tahap kritikal ini x dapat diselesaikan, mungkin ROS akan membatalkan pendaftaran parti MCA ini. Jika ia berlaku, ia akan mencatat sejarah kedua selepas parti UMNO dibatalkan semasa tahun 1988 yang melibatkan Team A (Tun M) vs Team B (Ku Li). Langkah penyelesaian yang dapat dilihat setakat ini ialah apabila Veteran MCA meminta PM untuk campur tangan dalam parti tersebut

Komen: Isu MCA semakin besar dek kerana sikap pemimpin mereka yang melebihkan peribadi daripada kepentingan parti. Saya rasa, pemimpin atasan seperti Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat wajar meletakkan jawatan kerana kegagalan menyelesaikan masalah parti. Ini ditambahkan lagi dgn masalah “moral dan intergriti” mereka yang dipersoalkan. Ong, terlibat dgn skandal PKFZ dan Chua terlibat dengan aksi video terlarangnya. Pemilihan mereka untuk kekal sebagai pemimpin juga memancarkan nilai ahli-ahli mereka untuk terus memilih pemimpin yang mempunyai masalah intergriti. Kita tidak tahu apakah kesudahannya. Adakah EGM atau pemilihan semula jawapan kepada masalah ini? Adakah Pelan Perpaduan akan terus dijalankan? Ataupun jalan terakhir, PM campur tangan dan menyelesaikan masalah dalaman parti seperti yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Kita tggu dan lihat.

2 comments:

iqanabeera said...

The people who arrested Dr. Asri are just a bunch of moralist pricks; they didn't even have probable cause for arrest in the first place. I think it's painfully obvious that it was all just politically-motivated. That, or the religious bigots in this country is getting even more out of hand.

It's sad the lengths that certain people would go to silence the opinion of the rakyat who refuses to bow down to the powers up above. And by that I wasn't referring to anything spiritual.


I find Dr. Asri a breath of fresh air, in this country which desperately needs a voice of reason. :)

Hakeem said...

Isu2 yang ditimbulkan diatas dapat mungkin diselesaikan sekiranya, kesemua pihak yang terlibat dapat menggunakan prinsip tolak ansur dan rasional. Apabila ada prinsip ini,maka isu seperti haji,sekolah satu aliran,MCA,PAS, dan penahan Dr. Asri dapat dielakkan.

ISU 1: Apabila prinsip ini digunakan, lihatlah hasilnya nanti. Insyallah akan ok. Seperti isu haji nik aziz yang hendak ditaja, seperti kata penulis, tidak salah ditaja tapi adalah lebih baik menggunakan hasil sendri. Namun,jika pihak2 terbabit bersikap rasional dan tolak ansur,isu ini tidak akan timbul.

ISU 2: Untuk pengetahuan semua, bai'ah ini atau sumpah setia telah dilakukan lama sejak zaman Rasullulah. Namun, bai'ah yang katanye dilakukan oleh ahli PAS, perlu dilihat secara rasional. Ahli yang melakukan itu haruslah melihat akan kesannya sebelum berbai'ah. Rasional disebalik itu.Barulah tidak timbul fitnah.

ISU 3: Dr. Asri ditahan itu adalah sah dari segi undang2. Namun,apakah rasional disebalik penahanan seorang yang lantang sepertinya? Untuk menutup insan yang berada dijalan Allah mungkin?? Tiada tolak ansur dari pihak yang menahan beliau. Selepas ditahan dan menunggu 3jam di Mahkamah. Tiada pendakwaan. Apa ini semua? Mungkin tidak cukup bukti agaknya. Seperti kata penulis, janganlah seorang sahaja ditangkap lepas tu, hangat2 tahi ayam.


ISU 4: Sekolah satu aliran. Isu ini sering diperkatakan sejak dari dulu. Kesilapan yang dilakukan semasa dahulu yang saya nampak,tiada tetapan masa untuk sekolah jenis kebangsaan beroperasi. Selepas itu barulah terus kepada sekolah satu aliran. Adalah tidak rasional, negara berbilang kaum ini, tidak rasional rasanya untuk mempunyai lagi sekolah jenis kebangsaan. Agak pelik disini kerana tiada tolak ansur dari pihak satu lagi. Taat setia kepada negara ini adalah perlu. Mengapa perlu lagi sekolah sebegini? Hak mereka telah terjamin dalam pelembagaan Malaysia. Mengapa perlu takut menghadapi perubahan?? Tiada tolak ansur dan bersikap rasional,itulah sebenarnya yang berlaku.

ISU 5: Parti ini tidak2 habis dengan masalah. Ahlinya tidak bersikap rasional dan tolak ansur dalam hal ini. Kepentingan diri lagi penting rasanya. Fikirlah sendiri wahai ahli2. Jangan sampai rakyat menolak lagi parti ini. Fikirlah...