Wednesday, November 25, 2009

Cikgu Menjadi Paparazi?

Terkejut melihat halaman utama metro mengenai cikgu menjadi paparazi. Pandangan pertama saya,mungkin adakah cikgu-cikgu ini sudah tiada kerja disekolah, dan menjadi "stalker" kepada murid-muridnya. Tugas menganjar ditinggalkan sebaliknya menjadi "spy" kegiatan murid-murid "nakal" mereka.

Berita ini mengisahkan sekumpulan guru di Sekolah Menengah di Johor Bahru, telah melakukan kerja pengintipan dan penyiasatan mengenai kegiatan murid-murid mereka yang ponteng sekolah. Dilaporkan kuantiti bilangan pelajar yang ponteng ialah 100 orang. Jumlah penuh sekolah terbabit ialah 2000 orang. Maka, setiap hari 5 peratus orang murid akan ponteng. Sekumpulan guru yang bertugas berjaya merakamkan video dan gambar-gambar murid-murid mereka berfoya-foya, bermain daun terup, merokok dan yang paling dasyat, memonton video lucah secara "berjemaah!".

Mari kita membuka minda dan berkongsi pandangan mengenai isu berkenaan. Kita cuba lihat dari 2 sudut, pro dan kontranya.

Pro/Kebaikan:

1. Pendedahan ini pasti menjadikan pihak sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri panas punggung untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ponteng yang menular dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pastinya, banyak sekolah mengalami masalah yang sama, iaitu pelajar ponteng, tapi mungkin ada sekolah yang merahsiakan gejala ini demi menjaga nama baik sekolah. Tahniah kepada sekolah berkenaan kerana berani melakukan kaedah extreme sebegini. Pastinya Pejabat Pendidikan Daerah sedang sibuk menyediakan laporan untuk dibentangkan Y.B Menteri mengenai masalah ini

2. Ibu bapa pasti akan mengetahui tabiat buruk anak-anak mereka ini apabila pendedahan berani ini dilakukan oleh guru-guru mereka. Mungkin ibu bapa "era moden" akan sedar bahawa tanggungjawab mereka tidak terhenti sekadar memberikan wang dan menghantar ke sekolah semata-mata. Kasih sayang dan pelajaran agama juga penting bagi membimbing anak-anak kejalan yang benar.

3. Murid-murid @ anak-anak sendiri akan takut untuk ponteng lg jika kaedah "skodeng" ini digunakan di sekolah-sekolah lain.

Kontra/ Kelemahan:

1. Cikgu @ guru, tugasnya adalah untuk mengajar. Anda diberi latihan di maktab,IPTA dan kebanyakan mereka ditanggung oleh kerajaan bagi membolehkan mereka mengajar dan memberikan pendidikan utk anak bangsa. Namun akhirnya, menjadi "paparazi". Ini sangat tidak berbaloi. Kaedah mengintip ini boleh dilakukan,tetapi dilakukan oleh orang lain selain guru-guru disekolah.

2. Akhbar metro ini telah mendedahkan nama Sekolah Menengah berkenaan. Saya cukup tidak bersetuju dengan etika kewartanwanan sebegini. Isu ini amat sensitif. Kerana apa? Impaknya akan turut terpalit kepada pelajar-pelajar lain yang tidak bersalah, kepada cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh mengajar, dan juga kepada maruah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di sekolah berkenaan. Pastinya gelaran sekolah itu selepas ini adalah seperti,"ala,sekolah ponteng tu" dan juga mungkin akan ada persepsi seperti " jgn masuk sekolah tu, banyak dak ponteng, dak jahat tu!". Kasta antara sekolah pasti akan wujud. Sebagai bekas pelajar sekolah, sy tau perasaan ini.

3. Pendedahan extreme seperti merakam gejala jahat murid-murid ini akan menjatuhkan airmuka mereka depan ibu bapa mereka jika gambar dan video ini didedahkan. Pastinya, keadaan ini akan membangkitkan "kebencian" murid-murid tersebut kepada sekolah, guru-guru dan terlibat dan mereka mungkin akan terhanyut begitu sahaja jika xda bimbingan lanjut dilakukan.

4. Video dan gambar-gambar ini mungkin akan terlepas di tangan pihak x bertanggungjawab. Dizaman serba moden ini, macam-macam boleh berlaku. Video dan gambar ini perlu dihapuskan selepas kes selesai. Jika ia tersebar, pasti impaknya akan lebih buruk. Mungkin anda ingat, kes gambar bedah siasat arwah nurin jazlin tersebar di internet dalam keadaan mengaibkan. Kita xnk perkara ini berlaku. Mereka masih muda, banyak jalan yang perlu mereka lalui. Jika di usia semuda ini, jika maruah mereka sudah tergadai, pasti ia akan merosakkan generasi masa depan negara kita ini.

Apa pendapat anda?

2 comments:

senang, panggil rda said...

Saya rasa bagus jugak tindakan guru2 tu. Supaya pihak berkuasa buka mata sikit dan sedar yang sebenarnya cikgu dah ambil alih tugas diorang. Kalau tak sedar jugak, tak tahu lah.

SoLeHiN said...

haha..bgs ke? ok...cikgu jd pihak berkuasa, pihak kuasa jd cikgu...agak2 leh x? haha