Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Setelah sebulan kita menempuh bulan ramadan yang penuh dugaan dan cabaran, akhirnya tibe pula bulan kemenangan, bulan Syawal. Di dalam bulan ini, kita digalakkan memohon kemaafan kepada sesama insan, rakan taulan, sanak saudara, dan sesiapa sahaja yang dikenali.

Maka, dengan kesempatan ini, sy Ahmad Solehin Bin Abd. Ghani menghulur 10jari, memohon sejuta kemaafan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlebih perbuatan yang menyebabkan adanya terguris hati mana-mana pihak, sy dengan rasa rendah diri memohon kemaafan. Agar di Syawal yang mulia ini, yang keruh akan menjadi jernih semula.

Sempena Syawal ini juga, kita sambut lah kemenengan ini dengan meriah namun perlu dalam keadaan bersederhana. Ingatlah kepada yang sudah tiada. Agar roh mereka sentiasa tergolong dalam kalangan orang beriman. Amin.

No comments: