Thursday, September 17, 2009

1Malaysia F1 Team : Perlu ke?

Kelmarin PM kita telah mengumumkan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan juga swasta. negara ini bagi menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan. Pasukan F1 1Malaysia itu juga bakal memiliki ibu pejabat sendiri yang terletak di Litar Antarabangsa Sepang di mana pembinaannya bakal bermula pertengahan tahun depan.Pasukan tersebut merupakan hasil usaha sama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan kepakaran Proton dan Lotus yang beribu pejabat di Norfolk.

Selain itu, ia juga mendapat sokongan daripada SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Bhd. Apa yang dicanangkan, semuanya akan mengunakan kepakaran dan juga tenaga kerja dari Malaysia. Dari segi rekaaan, pembuatan, pengujian sehinggalah yang menjaga pit stop tu juga akan mengunakan tenaga kerja rakyat Malaysia.

Namun dalam hal ini, ada pro dan kontra nye. Dari segi kebaikannya, kita mungkin dapat memperkenalkan jenama proton di peringkat antarabangsa. Cthnya, jika Proton memasuki pasaran F1, maka ia akan membawa jenama Malaysia di peringkat sukan permotoran termashur di dunia inil. Maka mudah untuk kita pasarkan jenama Proton ini ke negara-negara lain. Contohnya, jenama Mercedes, BMW, Honda, Toyota dan kebanyakan kereta-kereta terbaik dunia ada dalam pertandingan F1 ini dan pemasaran kereta-kereta ini juga sering menguasai penjualan tertinggi di negara kita. 1Malaysia F1 team adalah satu bentuk iklan terbaik untuk membawa Proton di mata dunia.

Walaubagaimanapun, angka yang perlu dilaburkan bukanlah 1 atau 2 juta. Bahkan melebihi 100 juta. Walaupun mendapat penajaan daripada Naza dan Air Asia, namun kebanyakan dana di Proton adalah hasil suntikan dana kerajaan. Perlu diingatkan, negara masih lg bergelumang dengan masalah ekonomi tidak stabil. Kita juga dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak sempena ulangtahun Kemerdekaan ke-52.

Slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" perlu bergerak seiring. Dalam hal pelancaran team 1Malaysia F1 ini, tidak nampak pown keadaan "rakyat didahulukan". Tgk sahajalah musim perayaan kali ini, sistem pengangkutan awam masih lagi lemah. Dibebani lagi dengan kenaikan harga tambang bus RapidKL yang begitu mendadak. Tiada lagi pas sepanjang hari. LRT,KTM,Monorail yang sentiasa penuh saban hari. Adalah lebih elok sistem pengankutan yang boleh dianggap remeh ini dikemaskini terlebih demi kemaslahatan rakyat. Jangan menjadi seperti peribahasa "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan".

Ketepikan soal populariti. Soal rakyat perlu diutamakan. Hati rakyat perlu dicuri semula.


Selamat Hari Malaysia -16 September 2009-

2 comments:

ZHARIF BADRUL said...

salam sol
ada kemungkinan penyokong2 Isa Samad akan sabotaj tetapi jika benar mereka berjuang untuk parti maka mereka harus mengundi dan berjuang demi parti bukan calon.
Pendapat z mudah, sesiapa sahaja yang didapati rasuah politik harus meletak jawatan dan keluar dari parti UMNO.Rakyat Malaysia ni tak kira walaupun benda dah berlaku lama tetapi tetap juga akan dijadikan indikator sebagai peribadi calon

SALAM LEBARAN
ZHARIF

Hakeem said...

Pembaziran seperti ini, rakyat nampaknya diketepikan lagi disini. Apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan kini, hasilnya mungkin lambat lagi, namun kita inginkan sesuatu penyelesaian yang segera. Setuju dengan DIARI HATI, sistem pengangkutan kita masih lagi ketinggalan dari segi kecekapan apatah lagi dari segi memudahkan urusan rakyat. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak seberang sana,agar rakyat sentiasa didahulukan. Salam aidilfitri~