Friday, August 28, 2009

Senario Politik PR : Pelik Tapi Benar?

  • Bila ADUN BN lompat parti ke Pakatan Rakyat, hukumnya halal. Namun bilaman ADUN PR lompat ke BN, hukumnya menjadi haram.
  • Bilamana Mufti Perak menyokong tindakan PAS untuk memperkenalkan hukum Hudud di Malaysia, Mufti itu ulama terbilang. Bilamana Mufti Perak menegur PAS, terus Mufti Perak dimaki hamun
  • Bila PR menang pilihanraya, SPR telus dan adil. Bila PR kalah, maki hamun SPR. Pengundi hantulah, dan macam2 lagi
  • Bila ADUN BN buat aksi terlarang, kata perbuatan itu tidak bermoral. Bila ADUN PR buat (Elizabeth Wong), disuruh berehat sahaja. Dah masuk bersidang dah pon
  • Masa memerintah Perak, cakap Sultan Perak adil dan saksama. Tapi bila sudah hilang kuasa, tuduh Sultan Perak macam-macam
  • Sebelum berkuasa, beria-ia cakap hukum hudud itu wajib, bila dah berkuasa, jadi x wajib pulak. Tunduk kepada rakan dalam pakatan
  • Bila UMNO kata sukar dilaksanakan kerana kita hidup berbilang kaum, habis UMNO dicaci maki. Bila DAP kata, hudud xkan dilaksanakan, PAS akur dan patut dgn taat sekali
  • Bila orang luar hina Nabi Muhammad, berarak satu KL. Bila Raja Petra menghina Nabi, semua dalam PR membisu seribu bahasa
  • Bila kerajaan menaikkan harga minyak, cakap kerajaan cekik darah rakyat. Bila kerajaan turunkan harga minyak, "ini semua muslihat politik semata"..
  • Bila Pak Lah masih menjadi PM, suruh Pak Lah berundur. Bila Pak Lah nk lantik Najib, cakap , Pak Lah xyah berundur. Takut mungkin.
  • Bila PR membuat demontrasi, itu lambang demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, suruh polis amek tindakan pulak..
  • Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, semua jasa DSAI pergi mencari pelaburan dari negara luar.
  • Bila hendak mula berceramah, dimulakan dengan bacaan suci Al-quran. Namun semasa berceramah, habis semua yang "tak sebulu" dengan dorang dimaki hamun begitu sahaja
  • Bila orang UMNO baca Al-Quran, dituduhnya hipokrit. Bila Cina DAP membaca Al-Quran, di puji tinggi melangit
  • Bila Beng Hock mati, tuduh kerajaan zalim. Bila kerajaan tubuhkan inkues dan suruhanjaya, tuduh kerajaan ada konspirasi sendiri
  • Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, maka benarlah Anwar. Jika Saiful Bukhari bersumpah, semua kata-katanya dituduh berdusta..
  • Bila UMNO tidak laksana hudud atas dasar ketidak sesuaian, PAS kata UMNO nie masuk neraka jek. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, ini dorang kata "ijtihad murni"
-Ini ialah realiti politik Malaysia-

9 comments:

Anonymous said...

peliknya membaca post macam ini dari bekas presiden law uitm kedah
perkataan-perkataan untuk anda:

jahil aka bodoh
bias (berat sebelah)


mungkin anda terlalu membaca Utusan Malaysia, Berita Harian atau akhbar-akhbar yang menyokong kerajaan banyak sangat dan percaya kenyataan-kenyataan yang bodoh yang ditulis di dalamnya

tapi tidak terkejut kerana ramai Melayu yang mentaliti agak lemah terus mempercayai apa yang dibacanya tanpa tahu asal usul berita sebenarnya. semua perkara yang ditulis di atas ini boleh dibidas. namun saya rasakan tidak perlu kerana anda saya yakin minda anda sangat tertutup untuk saya jelaskan satu persatu dan buang masa saya sahaja..

saya cadangkan, baca berita kedua-dua belah pihak.

dan, kalau tidak tahu sesuatu perkara.. tolong tutup mulut anda.. anda tahu dosa pahala dan dosa menyebarkan fitnah..

SoLeHiN said...

Terima kasih lah kerana sudi memberi "pujian" kepada saya. Sy x merasakan saya bias. Kalo saya bias, anda juga bias..Saya bodoh, anda lg bodoh. Daripada komen anda, sy dah tau anda dari side yang mana. Ini ialah pandangan individu. Sila hormati. Kalo boleh bidas, bidas lah. Kita lihat ke tahap manakah "kebijaksaan" anda..katanya lah...

-org penakut sahaja tidak tulis nama jika memberikan komen. kalo anda melayu, anda melayu yang lemah!-

imiazdir lufias said...

dua2 bodoh.senang idup.

Anonymous said...

haha.. lwknya baca komen anda
tolong nyatakan saudara,, mana statement saya yang tunjukkan saya bias?
saya tidak mengutuk langsung kerajaan
saya menyuruh anda membaca akhbar kedua-dua belah pihak. bukan saya menyuruh anda membaca Harakah sahaja.

jangan cakap orang lain bodoh sekiranya kemampuan anda sendiri sangat lemah.. lihat sahaja pada pencapaian akademik anda.

sangat kecewa dengan komen yang anda balas.

Hakeem said...

Dibulan Ramadhan yang mulia ini, bermaaf-maaflah sesama umat Islam. Kata mahu bersatu tetapi apabila seseorang mengutarakan sesuatu, ada yang melenting seperti diri itu tidak mahu dikritik. Bila lagi kita ingin bersatu wahai Umat Muhammad?? Sayang seribu kali sayang, umat kini berpecah-belah. Bersatulah demi keutuhan umat Islam sejagat.

imiazdir lufias said...

critics on all the comments:

sol:put ur egos aside.take criticism lightly.how could u delve into politics with this sort of attitude?ur so called "pandangan individu" is the very reason why our political conundrum is at this state.ur supposed to be lawyer,and lawyers dont take sides;they sit as neutrals criticizing issues as it is rather than choosing sides.just look at the bar council's exertions.i cant help but wonder if you really hold these values and opinions because you believe in them or rather just to showcase to the world how intelligent and outspoken you are.if not,you wont be putting this post up for viewing in facebook.people write blogs to express themselves,not to seek attention my dear friend.most of the issues you highlighted are the clashes between religion and state and i cant help but feel sad you didnt assert it in an islamic point of view.do not be too indulge in your race ie malay for race is nothing but just skin color.Islam is far greater than that.You have undermined the very institution you belong to ie UiTM. The stereotype of UiTM being a tool of the government to create new breeds of Malay nationalists is only aggrieved with your post.all in all i respect your comments as i dont give a damn about politics.

anonymous:i think i know who you are.do comment on the matter please and not make any critic on personality of the one giving the comments.thats childish.that too is another reason why our politic is at it current state;people making character assassinations upon one another.if sol's comments are wrong,say whats wrong with it.if you can refute his claims,refute it.dont quarrel upon insignificant things.oblige with the given code of ethics between bloggers.

hakeem:ko nk jd peace corp UN lak kt cni kn?bulan ramadhan je ke kena minx maaf sme sndri?bln len cmne?ea awek ko kem slm.haha.

imiazdir lufis:you talk alot of crap.haha.

Anonymous said...

nice critics from imiazdir
i accept your critics
its like finally i found someone that have this kind of 'mature thought' in this lousy blog

so,do give personal views ONLY if u r personally good in that particular field. or else, pple will look at u like an extremely stupid lawyer-to-be or like an asshole
this is my comment. so up to u whether want to accept it or not. i wont lose anytg. just, think about it.

Anonymous said...

statement kealntan mundur tu camne bleh kuar ha?jgn pndai2 perlekeh..bkak youtube jap, tngok dun kelantan bwah title annuar musa penipu..kt situ ade explanation psal kewangan kerajaan negeri compare to negeri2 bwah BN..shocking truth about the so called "maju" pnye negeri bwah BE_END..bkak gak psal pengakuan mustapha muhammed psal sekatan terhadap kelantan..kita ikat kaki & tgan org, kita suh brenang plak?BODOH GILE...Ngn ko sekali BANGANG...check statistic negeri paling miskin..kelantan ke ape?kalu x tau kt ne nk cari fakta, just shuv on UPEN..surely ade the figures...PAS x kata x nak lksana hudud, tp kite berpegang pda kaifiyyah atau manhaj semasa..PAS kte akan lksane, tp sbelum tu nk bg kefahaman dlu pd rkan2 non-muslem??nk tau nape, sebab 50 tahun UMNO perintah, kebanykan leaders diorg yg kerap brukkan hudud..check utusan or brita hrian on statement mahathir kt pasir mas about how hdud is barbaric...pndgan yg rosak ini perlu mngambil masa tuk dibaiki semula, dan sbb tu la keutamaan skang is on how utk tnjolkan keindahan pemerinthan islam...if only that UMNO wasn't so blinded to had been criticising hudud, usaha pas ni kan jd senang..hipokrit dlam isu mufti perak..nk tnye blik,umno x hipokrit ke..bile mufti kte sure heboh hram,x da sorg skong bhakn rmai tentang, bile umno di puji, snyum mlebar cam kmbing..soal demonstrasi..bila opposition berdemo, kte meggugat kselamatn lah, rskkan ekonomi lah, tp bile po-kerajaan demo, snyap membisu..bile umno 50 thun perintah selangor x lngsung da usaha nk hram arak utk muslim, snyap n diam..bila smpai pda pkatan, pergi hentam ckup2..gile ke ape..saudra cmne?.hehe..

Hakeem said...

Susah senang bersama, pasti akan terlerai permasalahan. Namun, kini rakyat seperti ingin menjadi keadaan di negara Barat. Segala-galanya bebas. Bebas mengecam orang lain tanpa melihat implikasinya ke atas orang lain, ini yang dinamakan buat dahulu,baru fikir. Gagal nampaknya akal pemikiran berfungsi. Seluruh sistem masyarakat kini seakan-akan ingin diruntuhkan termasuk institusi di-Raja yang sepatutnya dihormati.

Kini, apabila terjadi sesuatu perkara, sesetengah pihak sahaja disalahkan tanpa melihat secara keseluruhannya.Komen isu Kelantan sikit, adapun negeri Cik Siti Wan Kembang itu, katenya lah kan, tidak miskin, namun sesetengah pemimpin disinun "miskin" budi bahasa dan pekerti, namun, sehingga kini tidak mahu mensyukuri juga kerana masih lagi hidup aman dan damai tanpa pertumpahan darah. Berbahas seperti ingin melakukan pertumpahan darah. Apa ini semua??Bersatukah kita macam ni?? Memang lah kritikan itu penting, namun kini, kita semacam melupakan adat ketimuran atau Melayu kita, nak tegur, tegurlah dengan berhemah dan penuh hormat. Ada sesetengah pihak lagi, seringkali dituduh korup, namun usaha yang dilakukan masih lagi sedikit tanpa sebarang usaha yang konsisten. Hidup kini, konsistensi amat penting sekali. Segala kepercayaan rakyat yang diberikan janganlah dimungkari dengan janji2 yang kononnya akan dikotakan namun, sebenarnya dianaktirikan. Sedarlah,bangkitlah rakyat~

Sampai bila kita ingin menuding jari terhadap sesetengah pihak sahaja sedangkan diri kita sendiri masih mempunyai pemikiran negatif tanpa mengira implikasinya nanti. Maka, sahabat2ku, sempena Aidilfitri ini, ampun maaf dipinta.