Saturday, August 1, 2009

20 Tahun Dah Umurku

1. Hari ini, (2 Ogos), genaplah umurku secara rasminya menjadi angka 20. Tetapi, jiwa masih kekal muda seperti 17 ok! hehe

2. Dalam menjalani perjalanan untuk mencapai umur 20thn kehidupan di dunia ini, banyak perkara yang telah aku lalui. Pahit maung itu telah aku selami dan dalami. Kadang-kadang aku berjaya , kadang-kadang aku lemas dalam jaring buatanku sendiri. Itulah lumrah kehidupan.

3. 20 tahun sudah berlalu. Aku rasa inilah masa yang tepat untuk aku menyediakan kayu pengukur kepada masa depanku yang masih tidak pasti. Banyak sangat yang ingin aku kejar dan gapai. Namun aku sudah semakin matang. Berhati-hati dalam membuat keputusan. Pengalaman banyak mengajar. Tak nak jadi seperti peribahasa "yang dikejar x dapt, yang dikendung berciciran".

4. Di akhir lahirku ini, pastinya orang akan tanya, apekah azam or wish aku sempena umur 20thn nie. Jawapannya banyak sangat azam baru. Ntah leh tercapai atau tidak. Kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Antara:

i) Pelajaran: Ini paling penting bg aku sekarang. Sejak menjejakkan kaki ke shah alam, benda nie la aku takowt sangat sebab tanpa pelajaran, cita-cita pown xkan kesampaian..

ii) Cita-cita: Masih kabur.. Aku gagal mengenal pasti apekah cita-citaku yang sebenar.. Aku seperti orang buta yang hanya mengikut langkah kaki melangkah tanpa arah. Biarlah langkah ku ke arah yang benar.

iii) Dunia Debat: Jika aku diberikan pilihan antara gf dan debat, aku akan pilih debat. Begitulah tahap taksub dan cintaku pada dunia debat. Namun sejak di Shah Alam, dunia debat seakan asing bgku. Masa sentiasa mencemburuiku.. Aku dah jarang2 ke latihan walaupun sering dipangil..Ya Allah, bg la kekuatan dan kelapangan masa bgku...Aku harap dunia debat tidak akan meminggirkan aku...

iv) Kengkawan: Thanks kepada kawan-kawan kerana sentiasa ada bersamaku...perjuangan akan kita teruskan...kaki melangkah tidak akan berhenti walaupun sejuta badai dtg menghalang...ke garis penamat akan jua kita langkahi...

v) Cinta: Aku masih mencari cinta sejati. Cinta sejati ialah cinta yang memahami. Cinta sejati akan sentiasa ada disisi walaupun susah dan senang silih berganti. Usaha dan tawakal jua ku hadapkan kepada yang Esa. Agarku temui apa itu cinta sejati.

Diharap umur 20thn akan lebih mematangkan diriku. Tabahkan hatiku menempuh hari-hari mendatang. Amin...

13 comments:

fara_D said...

selamat ulangtahun hari jadi yang ke 20 solehin.

semoga terus sukses dan lebih matang menghadapi hidup selepas meninggalkan dunia remaja belasan tahun.

kita semakin tua.
usia mengejar kita, bukan kah?

:)

mist_tarry girl said...

Wah! dah 20??
Terasa diri ini sudah tua kan??
tak lagi dalam zaman kanak2 yg xperlu pikir pasal masa dpn..
Anyway, Happy B'day!

FaMouS said...

hoho dah twua!
anyway, tanjobi omedeto!
happy burfday yea.. :D

ierahoshin said...

hepi bezday..
hahakk..

baguslaahh..
ade 5 azam,gtuwww...

xde kata2 yg lebh indah..
cuma,ku doakan dari jauh..
semoga berjaya..!!!

izzati said...

hapy besday!!
gud Luck!!
semoga apa yg d'rncng b'jln lncr...

SoLeHiN said...

fd: "kita" semakin tua? haha..u jek semakin tua...i tetap maintain muda baik belasan thn..haha

arina: yup, kena pk masa dpn...kabur..huhu..pening nk pk..haha

famous: umur jek meningkat, jiwa semakin muda..haha

ira: hope azam jgn tingal azam..doakan kejayaan bersama! chaiyok!

izzati: thanks....kita hanya mampu merancang...seperti ditangan-Nya

ZHARIF BADRUL said...

happy birthday bro..keep up the achievement u did and make a new achievement for this 20th birthday =)

.rda. said...

happy birthday.
;))

SoLeHiN said...

zhariff: thanks zack..insyallah..

rda: thanks yek!

blueariesboy said...

sol...
dh tua rupanya ko eh...
boleh la panggil pak cik lepas nih...
hak99!!!

anyway...
hepi besday la eh...
moga pjg umor & murah rezeki slalu...
jgn dok lyn b*** je kt sane...
hehehe... =p

SoLeHiN said...

azri: jg skit perangai ko ek! haha...

nuRRul said...

sanah helwah ya akhi = epi birthday bro..hu3

FeeL da MorE said...

hepy bezday..
yeaaahhh da tue..
hok3..