Tuesday, July 7, 2009

Taklimat Fakulti Undang-Undang


1. Hari ini, 7hb telah diadakan taklimat mengenai fakulti undang-undang. Dah dua hari xda kelas dek kerana system UiTM yg tergendala sehingga kelas dan jadual tidak dapat di access hingga ke hari ini. World Class Universiti dan pemenang AKPM??? Kita sama-sama fikirkan.

2. Ramai lecturer yang hadir. Antara orang penting yang hadir ialah Prof. Saodah, Dean Faculty of Law, Pn. Habibah -Koordinator Law, Dr. Mohd Bahrin (HEP) dan lain-lain.

3. Prof. Saodah memberikan ucapan selamat datang kepada semua pelajar baru Undang2 sem 1. Antara isi kandungan ucapannya ialah:-

  • Setiap pelajar undang-undang UiTM mesti mencapai CGPA 2.7 semasa menamatkan pengajian 6 semester di BLS untuk menyambung pengajian ke LLBS.
  • Jika pelajar itu mendapat dibawah CGPA 2.7, pelajar itu boleh membuat "attachment" di mana-mana firma guaman swasta dalam tempoh 6-12 bulan untuk menyambung pengajian ke peringkat LLBS.
  • Beliau menyatakan graduan daripada LLBS UiTM, 100% mendapat pekerjaan sama ada di AG chamber ataupun di firma guaman swasta.
  • Pelajar jurusan undang-undang diminta untuk aktif di dalam sukan , debat ataupun mooting untuk meningkatkan nilai tambah (kemahiran insaniah) dalam diri setiap pelajar
4. Seterusnya sesi taklimat diteruskan oleh Dr. Mohd Bahrin daripada HEP fakulti Undang-Undang. Antara intipati yang disampaikan ialah:

  • 11 Julai (sabtu), ada induction yang lain dimana akan ada explorace. Sensitif tol dengan word "explorace" tu. hehe
  • 7 dan 8 August 09 ni ada Modul LDK dimana semua wajib memakai baju formal ala-ala lawyer katanya.
  • Modul Kenegaraan yang akan diadakan 2 kali, iaitu pertamanya pada semester pertama ini, dan kali kedua, disemester terakhir.
  • Pelajar-pelajar diwajibkan menyertai kokorikulum pada semester 1 seperti Kesatria, BSMM, Polis dan sebagainya
  • Pada bulan October, ada Pilihanraya MPP.
  • Ada 6 club dibawah Fakulti seperti sektariat, Law Soc, Environmental Club, Moot Club, Kesatria, dan SCLC. Setiap pelajar diwajibkan menyertai 3 club yang disenaraikan.
5. Seterusnya, taklimat ini diteruskan oleh Pn. Habibah yang akan bergelar "ibu" kepada "anak-anak" semester 1 ini dalam tempoh 3thn di BLS. Antara isi-isi penting yang disampaikan ialah:-

  • Menceritakan hala tuju pelajar selepas BLS. Antaranya ialah menyambung pelajaran ke LLBS. Kedua, mengambil CLP. Ketiga, menyambung pelajaran ke peringkat sarjana (master) dan keempat, berkerja di sektor kerajaan dan sektor swasta.
6. Hari ini pertama kali mengabungkan pelajar-pelajar Asasi UiTM Kedah, Asasi Shah Alam, Asasi Kuantan dan pelajar dari diploma dan STPM. Sifat asabiah( berpuak-puak) masih menebal dan diharap keadaan ini akan berkurangan dari semasa ke semasa.

-sekian-

2 comments:

ZHARIF BADRUL said...

all da best bro!explorace?macam best jek haha
kem salam kat 'nenek' BLS!haha

benazirjb said...

BLS part 1? me too