Sunday, June 28, 2009

Menanti Detik Bersejarah..Cerita Hidupku..

Hari berganti hari, masa terus berlalu..akhirnya cita-citaku utk menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Bachelor in Legal Studies) akhirnya menjadi realiti apabila mendapat surat tawaran yang dingini. Detik 20 Jun 09 menjadi saksi.

Walaupun dlm kegembiraan ini, masa terasa kesedihan dan penyesalan yang amat. Kemahiran membuat keputusan aku yang lemah dan sikap sering dipengaruhi akhirnya membawa aku membuang begitu byk masa dalam menghabiskan program asasi yang sepatutnya tamat setahun yang lalu.

Begini ceritanya. (tiru gaya aftal, hehe)

Mungkin ramai yang tidak memahami keadaan yang aku alami ini. Walaupun aku merupakan pelajar Sekolah Teknik di Johor, namun cita-citaku daripada kecil lagi ingin menjadi seorang pengamal undang-undang disuatu hari nanti. Setelah mendapat keputusan SPM, aku mengisi borang online UPU. Rakan-rakanku semua begitu sibuk mengisi untuk mengambil subjek kejuruteraan yang sememangnya sinonim dgn pelajar-pelajar sekolah teknik. Namun apa yang aku lakukan? Pilihan pertama sehingga keempat, semua ada lah undang-undang.

Pilihan Pertama : ASASI UNDANG-UNDANG UiTM
Pilihan Kedua : ASASI UNDANG- UNDANG UIA (matrikulasi )
Pilihan Ketiga : ASASI UNDANG-UNDANG KPTM
Pilihan Kempat : DIPLOMA UNDANG-UNDANG UDM/USIM (xbape nk ingat)

Nah,begitu taksubnya aku mengisi borang UPU dengan "dihiasi" semua jurusan undang-undang. Empat pilihan terbawah aku tidak isi, kerana aku yakin dengan keputusanku ini.

Dalam masa yang sama, aku juga mengisi borang MATRIKULASI KPM dan borang Pengajian Perguruan Ke Luar Negara dalam TeSL.

Masa terus berlalu, akhir ketiga-ketiga pemohonan ini diterima.

Pertama, aku ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak. (40 minit jek dari kg. aku)

Kedua, mendapat tawaran ke Pengajian Perguruan ke Luar Negara. Ramai kawan-kawan yang memohon bersama-sama dengan aku hanya mendapat yang dalam negara sahaja.

Ketiga, ASASI UNDANG-UNDANG UiTM SHAH ALAM (fast track)

Aku rasa terkejut. Dilemma menguasai diri. Rakan-rakan sekelas majoritinya hanya mendapat satu tawaran sahaja, iaitu ke matrikulasi KPM.

Aku melakukan proses diplomasi dan membuka meja rundingan dengan keluargaku. Niat ini untuk meyakinkan mereka tentang apa minatku yang sebenar. Namun hasratku untuk ke jurusan Undang-undang ditolak oleh keluarga kerana memikirkan aku akan mengubah hala tuju pelajaran ku dengan begitu drastik. Kimia,Fizik,Addmath,Kejuruteraan Awam, Lukisan Kejuruteraan akan berubah menjadi JURUSAN UNDANG-UNDANG yang sekali pown tidak akan mengaplikasikan apa yang aku sudah belajar selama ini di sekolah teknik.

Ditambah lagi dengan pengaruh rakan-rakan serta orang istimewa dalam hidupku (ketika itu) juga ke tempat yang sama. Akhirnya aku melepaskan tawaran yang menjadi idaman aku, utk ke Matrikulasi Johor.

Langkah ku hiba melangkah kesana. Ramai rakan-rakan keluar dr Matrikulasi selepas 2 minggu di matrikulasi kerana ingin menyambung pelajaran di peringkat Asasi di Universiti mahupun memilih jalan Diploma yang sememangnya lebih selamat. Demi tidak menghampakan keluargaku, ku harungi juga liku-liku di matrikulasi itu walaupun aku sedikit pown tidak berminat terhadap subjek-subjek yang disediakan disana terutamanya Fizik. BENCI!!! Subjek ini memang aku cukup-cukup tidak suka sejak dari sekolah menengah lg..Itu lah sebab subjek ini jek dpt B sahaja sedangkan yang subjek sains yang lain aku mampu mendapat A. CUKUP TAK SUKA!!!

Maka, untuk menghiburkan hatiku, aku memilih untuk menjalani hidup sebagai JPP atau di universiti dipanggil MPP. Dari hari hari pencalonan, interview, manifesto, hari pengundian dan juga pengumuman pemenang, aku cukup ceria menjalani hariku.

Aku dipertanggunjawabkan menjadi YDP JPP KMJ. Aku berkenalan dengan Kak Yat, Zack, Kak Pah, Hafiz, Beth, Nabil dan yang lain-lain. Kami semua mesra seperti sebuah keluarga.

Banyak pengalaman kami tempuh bersama. Pergi ke kursus JPP Peringkat Kebangsaan di Melaka, Homestay di Kepala Batas, Penang, Delegasi Ke Universiti Andalas,Indonesia dan byk lg aktiviti kolej yang dilakukan bersama-sama.

Namun kegembiraan ini hanya sementara, kerana selepas mendapat result semester pertama, aku cukup tidak berpuas hati. Aku melalui 2 minggu semester kedua namun, aku semakin benci dengan subjek2 yang ada. Semakin membuak kebencian itu!!!

Namun, Allah masih ingin memberi peluang kepada ku. UiTM membuka tawaran Disember intake @ 2nd intake. Tp segan silu, aku memohon sekali lagi, ASASI UNDANG-UNDANG UiTM. Terima kasih kepada KMJ kerana menyediakan perkhidmatan internet di bilik YDP. hehe.

Aku menunggu keputusan permohonan itu. Aku belajar seperti biasa dalam keadaan gelisah dan berdoa agar permohonan itu diterima.

Aku diminta untuk ke mengetuai delegasi KMJ ke Homestay di Kepala Batas. Aku berseronok dan berdebar untuk menghabiskan sisa-sisa akhirku di matrikulasi sebagai YDP.

Akhirnya keputusan diumumkan. Oleh kerana tiada internet semasa di rumah keluarga angkat, aku meminta seorang kwn ku, Along (bkn nama sebenar) untuk cek kan keputusan permohonan tersebut.. Dia memberitahu aku mendapat ASASI UNDANG-UNDANG di Kampus Sg. Petani.

Huh?? Sg. Petani? Kat mana tu? Aku just tau tempat tu di Kedah. Tp adakah kawasan bandar or kg? Aku bertanye kepada keluarga angkat aku. Abah (ayah angkatku) memberitahu Sg. Petani 30minit jek dari rumah dia. Hah!!! xkan kg lg? Dilemma lg....

Aku pulang ke KMJ dengan rasa gembira + dillema...dalam hati, aku pasti kesana. walau apa pown terjadi..Aku berfikir kenapa aku tidak dapat ke Shah Alam. Aku mencari jawapan itu..akhirnya aku mendapat jawapanye.. Kampus Sg.Petani sahaja yang ada intake Disember. Aku melapangkan dada dan membuka minda untuk menerima ketentuan ini kerana inilah impianku..

Aku menelefon ayahku, menyatakan hasrat. Selepas "berhujah" serta disokong oleh fakta2 yang konkrit (cam berdebat lak), akhirnya ayah menerima hasratku.

Tanpa berlengah lagu, aku berjumpe dengan Pengarah Kolej dan Penolong Kanan HEP, untuk menyatakan hasratku. Mereka menerima hasrat ku setelah aku memberikan penjelasan yang cukup menyakinkan.. Sedih pulak untuk meninggalkan KMJ. Namun cita-citaku perlu dikejar untuk masa depan ku juga.

Aku mendaftar di UiTM Sg. Petani Kedah pada 25.5.2008 untuk tempoh setahun setgh (3 sem) kerana ini merupakan normal track, bkn fast track yang cuma ada 2 sem. Aku berada di kelas PL1C, PL2C, dan PL3C. Aku sangat happy di sini. Dengan kawan2, roomate dan semua.

Disini lah aku belajar untuk berdebat, memimpin persatuan. Akhirnya, ada juga hikmah disebalik "kelambatan" aku untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah. Aku terima takdir ini dengan reda hati. Dengan keadaan "single", aku berasa bebas untuk meneruskan cita-citaku. Hanya aku yang faham diri dan keinginanku.

Shah Alam, here i come!!!

10 comments:

ika_adeela said...

sangat tragis cerita anda...

* [ F y z a ] * said...

oo..camtu rupenye. menarik btul ur life. btw, atuk, link la!!!

SoLeHiN said...

deela: berat lg mata memandang, berat lg bahu memikul. gtew! hehe

fyza: grandma, i dah link blog u la...

ZHARIF BADRUL said...

takpe..ada hikmah di sebalik sume tu.kalau hang amek fast track xdela aku nak ada presiden bernama solehin hoho..
gud luck at shah alam!

.rda. said...

wow.
panjang perjalanan abg nk ke sini kn??
btol ckp zack tu.byk hikmah yg terkandung.Allah sediakan yg terbaik ntok kita sbb skang abg still bleh pegi uitm shah alam.bak kate org ,jaoh perjalanan luas pemandangan.all dabest for u soon.((;

azah said...

alololo...
sadis abs cte ko...
hahaha...
patut la asek cri gduh ngn aku je time bi...
ko yg xrela msuk kmj ak ngn ain yg jadi mgsa...
xpatut tul..ahha
pape pon congrate...
ko dpt gak pe yg ko nak...

AiE said...

ooo mcm tue eh hdup ko..agak mencabar disitu...ko mmg dtkdrkn dr dlu lg tok mnjagi pmmpin..huhu..anyway tahniah coz dpt aper yg ko nk,so pasni ikut kata hati lah yer..bkal peguam ner leh dpgaruhi org len,kan2???tahniah2..hehe

C.H.E Dayat said...

salam saudara, pertama sekali, tahnaih buat anda. kerana sememangnya keputusan anda cemerlang kerana diberi 3 tawaran sekali gus. perjalanan anda baru bermula, manakala perjalanan saya pula baru bermula sebagai seorang yang bekerja. Teruskan perjuangan anda, UiTM adalah milik Melayu, hendaklah kita memegang amanah anak bangsa kita... saya juga pelajar UiTM, sama-samalah kita berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara. Sehingga bertemu lagi.

Sekian

Salam Perjuangan

Che Dayat

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

Anonymous said...

cerita kita hampir serupa...i'm ex student foundation in laws at uia..halfway i quit..msuk uitm 2nd intake..dip in sciences...haha..pape pn i'm really enjoy there..having fun doing something that i really love...u too must feel the same.. :-)

Anonymous said...

Dulu Abg sekolah kat SMTJB sama dengan saya,dan sekarang pun saya sambung belajar dekat Asasi Undang-undang Uitm