Monday, May 18, 2009

Transformasi AF 7 Berakhir

Trasfomasi AF7 berakhir. Namun adakah matlamat trasformasi ini berjaya? Saya biarkan anda menilainya. Setelah tamatnya Final AF 7, Hafiz daripada Sarawak menjadi juara seterus mengembalikan gelaran kepada kaum lelaki kerana sudah 2 musim dipelopori oleh kaum hawa.

Namun adakah anda berpuas hati dengan transfomasi finalis2 AF7 ini? Kita imbas kembali konsert final yang begitu hambar dengan persembahan yang sangat membosankan. Tidak dapat dinafikan, bukan mudah mencari lagu untuk pelajar2, kerana AF sudah 7 musim. Maka banyak lagu telah digunakan. Namun ia bukanlah alasan yang baik. Lagu yang diberikan kebanyakkan tidak sesuai atau tidak menonjolkan kekuatan sebenar mereka. Tidak salah kalo saya katakan konsert mingguan lebih baik daripada konsert final.

Kita lihat persembahan Hafiz, yang diakui oleh cikgu ct hajar bahawa dia mempunyai vokal yang sungguh baik. Namun hanya diberikan lagu Anuar Zain, Kau bunga cintaku yang lebih mementingkan aspek tarian, dan tidak mencabar serta menonjolkan kekuatan Hafiz. Namun tidak bermasalah untuk mengangkat Hafiz sebagai juara melihatkan kepada persembahan konsisten beliau setiap minggu,dan tidak menghampakan.

Hafiz vs ARil. Dua dua mempunyai bakat yang baik, Namun ape yang membezakan mereka, ialah personaliti. Pendapat saya, pengundi lebih gemar orang yang low profile compare 2 orang yang poyo-poyo. Mungkin sikap semulajadi, namun mata dan hati peminat masih perlu dijaga.

Isma, Akim dan Yazid. Transformasi sesuai dengan diri mereka. Isma, ketika audition, waduh,kembang bangat. Namun dipentas final, "hot" cam anak dara gitu. Yazid, seorang yang pemalu dan gagap ketika nk berkomunikasi di hadapan penonton. Namun, AF berjaya mengubah personalitinya menjadi lebih ramah dan tidak gugup lg di hadapan audient. Akim, transformasi paling besar di dalam AF. Di konsert pertama, xpenah terlintas dia akan ke final. Selepas menyanyikan lagu Aurora dan revolusi, persembahan Akim meningkat mendadak. Kejayaannya apabila mendendangkan lagu "i'm yours" dengan jayanya. Sehingga saat ini, saya masih mengingati persembahan nyanyiannya. Inilah impak yang kita mahukan daripada penghibur.

Persoalan AF7 berjaya atau tidak, biarkan anda menilainya. Semoga bintang-bintang AF7 ini mampu untuk meletakkan nama mereka ditempat yang sepatutnya dalam industri muzik tanah air. Diharapkan mereka juga mampu untuk mengharumkan nama negara seperti yang dilakukan oleh Mila,Farah,Zahid, Vince, Bob, Aizat dan Kaer yang berjaya memenangi anugerah dalam dan luar negara.

- TRANSFOMASI DITERUSKAN KE PERJUANGAN SETERUSNYA-

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aimi Sachiko said...

i bkn peminat rancangan realiti tv kecuali antm..hehe
tp lepas af2 x tgk dh..
then af7 tgk balek..
sebab sumenye bkualiti...
esp apis...
pis!!

SoLeHiN said...

ala biby, ckp jek sokong orang sarawak. hehehe.