Saturday, May 2, 2009

OIAM 3





















Tanggal 1mei 09, maka berlabuh la tirai pentas akhir, grand finale OIAM 3. Tiga peserta akhir yg layak ialah Tomok, Esther dan Aweera.

Elemen kejutan yang cuba diketengahkan iaitu Tomok disingkir, xberjaya dibawa oleh 2 pengacara Oiam, Awal dan Marion. Awal-awal dah dapat mengagak Tomok akan kekal dan bersaing pada malam 2.

Komen kepada peserta:

1. Aweera

- Pakej yang lengkap. Suara, muka. Tp rambut panjang ala2 Awie thn 90-an agak xsesuai. Kalo korang semua perasan,setiap kali kamera zoom in kat aweera, mesti dia ngerbangkan rambut dia. Mcm pompuan lak. Aku rasa pompuan pown xcam 2. haha. Tp suara dia mmg best. Ala-ala Amy Search. Bila tarik suara tinggi, relex jek. Xda la cam nk terkuar urat tekak. All da best to Aweera.

2. Esther

- Calon favourite dr Sabah. Sering mendapat imuniti di peringkat pusingan awal. Namun di pentas finale, aura dia agak kurang. Namun begitu, vokalnya mmg best. Walaubagaimanapown, baju yang dikenakan agak tidak sesuai dgn bentuk fzikalnya. Pemilihan pakaian juga amat penting bg seseorang artis. All the best to Esther!

3. Tomok

- Ayat yg paling sesuai utk mengambarkan Tomok ialah TRANFORMASI. Jika dibandingkan zaman Tomok bersama Newboyz, lagu tangkap leleh dan ala2 sengau Tomok seperti Bakawali, Sejarah Mungkin Berulang dan Norkia mesti terlintas difikiran peminat Tomok. Namun di pentas OIAM 3, Tomok menampilkan vokal yang berbeza. Sangat mengkagumkan. Dimalam pentas final, dia begitu yakin menyanyikan lagu Aizat, "hanya kau yang mampu". Walaupun aku x berapa ske cara dia menukar lagu itu, tp dr aspek vokal dan persembahan, amat mengkagumkan. Seterusnya lagu dia sendiri ciptaan Aubrey Suwito (xingat tajuk) mudah untuk telinga menerima jika dibandingkan dengan lagu Aweera dan Esther. Akhirnya, wang bernilai 1 million menjadi miliknya. Tahniah!!!

Walaupun aku tidak mengikuti OIAM dari mula dan kurang cenderung ke arahnya, OIAM sebenarnye melahirkan peserta yang lebih baik daripada Akademi Fantasia. Kurangnya elemen "drama" didalam sesuatu pertandingan, akan melahirkan penyanyi yang lebih baik. Agar pertandingan sebegini diteruskan bagi melahirkan anak seni yang mampu membawa Malaysia di mata dunia dan mewarnai dunia seni tanah air. Majulah industri seni tanah air tercinta!

6 comments:

Anonymous said...

Insan : TAjuk lagu tomok rinduku terhenti...

HANNAN nur said...

penting ke nak lahirkan anak seni utk harumkan nama negara dari segi nyanyian?

SoLeHiN said...
This comment has been removed by the author.
SoLeHiN said...

mmg nampak cam x penting kan? tp dr aspek kebudayaan nye, itu satu peluang untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia. Cthnya, kejayaan Datuk Siti Nurhaliza menjayakan konsert kat Royal Albert Hall berjaya mendekatkan masyarakat luar dgn budaya Malaysia seterusnya menarik mereka melancong di Malaysia...jgn kita lihat dr sisi buruk nye sahaja yea..

HANNAN nur said...

oh tidak sama sekali saya hanya melihat dari sudut yang negatif sahaja kerana pelajar undang-undang memang dilatih untuk menganalisis , bukan?

tetapi apa yang dikesali sekarang nampaknya kebobrokan rancangan realiti itu lebih ketara daripada kebaikannya.
tidak perlu cerita panjang, sangat jelas fenomena 'semua orang nak jadi penyanyi' khususnya pada golongan muda.
media pula mengambil kesempatan mencucuk-cucuk hedonisme dengan menghidangkan dan mewujudkan pelbagai rancangan tv.
oh kisah siti adalah contoh yang baik tetapi nampaknya tujuan sebenar sudah menyimpang.

p/s-sy cuba berlaku adil dgn melupakan perasaan meluat pada ragam anak muda yang berebut-rebut nak jadi penyanyi.*wink

SoLeHiN said...

Cube pk yg positif drp "semua nk jd penyanyi" kepada semua mencuba nasib sama ada mereka berbakat atau pown tidak. Mungkin anak2 muda yang g mencuba itu tau, nyayian adalah aset mereka yang boleh gne mencari rezeki. X salah kan? hehe. kalo yg x sedar diri 2, cek xleh watpape la..haha