Thursday, May 21, 2009

Movie Yg Ditonton

Meneruskan rentak tgk movie kat wayang, so, aku dah pergi tgk 3 movie. Star Trek, Angels dan Demons dan Night at the Museum 2.


Cerita Star Trek ini mengisahkan mengenai permusuhan antara Starfleet U.S.S enterprise dengan musuhnya, Romulan. Heronya, Jim Kirk ( Chris Pine) anak kepada bekas Kapten U.S.S enterprise yang berkhidmat utk 12minit seblum mati, tetapi berjaya menyelamatkan 800 orang. Dengan nasihat Kapten Pike, Jim menyertai latihan Starfleet. Namun dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Komander Spoke, Jim didapati menipu dan tidak dapat terlibat dalam peperangan menentang Romulan. Namun atas pertolongan kawannya, dia berjaya juga ikut secara sembunyi-sembunyi. Di dalam U.S.S enterprise, Jim telah menonjolkan sikap kepimpinan nya sebagai kapten............... Dan pada akhirnya, dia dilantik menjadi kapten selepas mengalahkan Romulan.

* Digalakkan tgk cerita nie..best! 4.5 bintang!




Cerita ini merupakan sambungan kepada Night At The Museum. Pada cerita kali ini, semua bahan2 di museum lama, akan dipindahkan ke Museum baru di Washington D.C. Larey (Ben Stiller) cuba untuk meghalang perpindahan itu, namun tidak berjaya. Di Arkib Washington D.C, berlaku pergaduhan antara Karmatuh dengan orang-orang dari museum lama utk merebut Batu Bersurat Mesir. Larey terpaksa mencari password kepada Batu Bersurat itu. Disini, byk aksi-aksi kelakar dan cemas yang ada. Paling comel angel budak2 menari2 dan menyanyi. Pada akhirnya, berkat usaha Larey, semua barang2 itu berjaya di bawa pulang ke museum lama dengan bantuan Amelia Earheart (Amy Adams).

* 3.5 bintang

Tom Hanks, watak utama dalam filem ini. Mengisahkan mengenai Prof. Langdon (Tom Hanks) yang mencari penyelesaian kepada rahsia Iluminati. Filem ini juga mengetengahkan cara Vatican City sebagai tempat agama Kirstian Catolic memilih Pope mereka. Pihak Swiss Guard dari Vatican telah menjemput Prof. Langdon bagi menyelamatkan 4 orang kardinal yang telah diculik. Usaha itu hampir menemui jalan buntu. 3 drp 4 kardinal telah dibunuh dengan kejam mengunakan elemen api,tanah,udara. Namun elemen akhir, iaitu air berjaya difahami oleh Prof. Langdon. Prof. Langdon juga berjaya membuka rahsia Carmelango Patrick, yang mana disangka baik , rupa-rupanya merupakan perancang kepada segala jenayah ini. Untuk menebus kesalahan itu, dia telah membakar dirinya. Dan akhirnya, Pope orang sidang dwn senat antara kardinal-kardinal yang ada. (memandai aku jek dwn senat. hehe)

* 4 bintang.

No comments: