Wednesday, May 6, 2009

Movie Yg Ditonton


Memulakan rentak menonton movie di pawagam sempena cuti sem, aku mulakan dengan menonton "bohsia". Tertarik utk tgk pas mendapat komen2 yang positif mengenai cerita ini. Sememangnye cerita ini mmg utk golongan muda cam aku.. hehe..


Cerita ini mengisahkan Tasha dan juga Amy, 2 org gadis yang menjadi minah rempit a.k.a bohsia. Amy dgn latar kehidupannya yang dirogol oleh bapanya, ketika dia masih disekolah menyebabkan dia terpaksa menjadi bohsia. Tasha pulak, kurang kasih syg ibu bapa. Dia juga merupakan penagih dadah. Oleh kerana sifat liarnya, dia dihalau rumah oleh emaknya. Hanye mereka bersendirian di Ibu Kota bersama-sama mat-mat rempit.

Mlz nk cerita panjang-panjang. Namun byk elemen pengajaran dan elemen kehidupan yang diselitkan dalam filem ini. Aku akan jdkan ia peribahasa

1. Haruan makan anak @ harapkan pagar, pagar makan padi
-kisah di mana Amy dirogol oleh ayah nye, sedangkan seorang ayah seharusnya bertanggungjawab melindungi anaknya

2. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
- Azam (aaron aziz) menyorakkan perkerjaan nye sebagai seorang bapak ayam, drp adik nye Aishah (Diana), akhirnya adik nye tau juga kedajalan abgnya itu

3. Kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar
- Tasha marahkan Mus kerana curang kepadanya. Sebagai utk membalas dendam, dia mengadaikan maruah nye bersama dgn 3 org lelaki lain.

4. disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditgh hari
- Aishah mengharapkan Mus benar-benar jujur kepadanya, tetapi Mus hanya menipu dirinya dari awal.

5. Untung sabut timbul , untung batu tenggelam
-Begitu la fenomena seorang mat rempit. Kalo menang race, menang la duet pertaruhan, kalo kalah, habok pon tarrak.

Begitulah serba sedikit elemen kehidupan yang diselitkan dalam filem ini.

Akhir kata, "JANGAN PILIH JALAN HITAM".

-4bintang-

1 comment:

Masterazi said...

cte ni memang bole tahan

kalah yusof haslam..

haha one malaysia..bangkitlah melayu..