Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009 @ Happy New Year


Tinggal sudah 2008, menjelma pula 2009.

Sebelum itu, jom kita singkap perjalanan hidup Tulisan Hati sepanjang dalam
2008.

PELAJARAN:

- Sebagai Pre-lawrian, tidak lah semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Test, quiz, assignment dan macam-macam lagi. Alhamdullilah, sekarang dah masuk part 3. Keputusan boleh la. Tidak la hebat sangat. Harap-harap tiada masalah untuk ke Shah Alam nanti. Amin.

DEBAT:

- This is my passion. Karier debat bermula di UiTM ini sangat berharga. Semuanya bermula pada tahun 2008. Dimulakan sebagai pendebat pre-law dalam Debat Piala Pengarah, seterusnya menjadi pendebat UiTM Kedah di Arau Open, seterusnya mewakili pre-law di Festival Kemerdekaan dan yang terbaru sekali lagi mewakili UiTM Kedah ke Piala Naib Cancelor dan mendapat rangking ke-16 daripada 150 pendebat. Itu antara pencapaian terbaik dalam debat. Mungkin Tulisan Hati masih ketandusan kejuaraan, namun begitu tidak mengapa. Yang penting diri ini mendapat pengalaman kerana pengalaman itu sangat penting.

Pre-Law Club:

- Sebagai pelajar biasa pada semester 1, Tulisan Hati aktif sebagai seorang member of Greenday for Law-Fiesta. Seterusnya membantu untuk menjayakan majlis Restu Ilmu bersama Yazid. Mase bertukar ganti. Semester dua muncul. Terpilih sebagai naib bendahari Pre-law. Bersama-sama dengan Hi-com yang lain menjayakan Hari Sukan Pre-Law, Restu Ilmu, dan Dinner. Kenangan itu sangat manis sekali.

Keluarga dan kehidupan peribadi:

- Banyak suka duka yang x boleh dikongsikan. Namun begitu, yang paling ketara ialah atok yang paling disayangi telah kembali ke rahmatullah pada bulan May lepas. Sedih sangat. Couple? No komen . Sunyi sangat ketika ini.

Jalan-jalan:

- Sepanjang berada di Kedah, banyak juga tempat yang aku telah kunjungi. Bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan pre-law. Antaranya ialah tanjung dawai (makan seafood), padang besar (shopping), Tupah (mandi-mandi), langkawi (melancong), Penang ( makan kat line clear, jalan2 dan shopping) dan semestinya BANDAR SG. PETANI, -VM,CS,Tesco. Semua ini x boleh dipisahkan.


-Tulisan Hati-

5 comments:

* [ F y z a ] * said...

bkt kayu itam x gi ke? :))

adie de viRus said...

selamat taon baru!!!

ViAnNa aka VeE said...

congratz mr president!
u hav my vote tau
he3

SoLeHiN said...

vee, tq so much!! kalo ada pape idea 4 our club, just ckp jek...k...chaiyok2!

Anonymous said...

Kehidupan Peribadi
couple??!!
org gemuk tak payah kot~
.
.
.
.
nak gak ke?~
.
.
.
.
tak payah laa~