Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya pembaca blog solehin89.blogspot.com .

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang ke-5 ini diterima Allah s.w.t. Semoga mereka dianugerahkan haji yang mabrur, insya'allah, serta selamat pulang ke tanahair dan ke pangkuan keluarga.

Disamping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.




1 comment:

-AiE- said...

Selamat Hari Rayer!!1