Monday, December 22, 2008

Movie Yg Ku Tonton


Cerita ini dimulai dengan Ustazah (vanidah imran) menjumpai Murni (liyana) berlumuran darah. Murni dimasukkan ke hospital kerana didapati mengalami masalah jiwa. Dia telah disoal oleh doktor dan pegawai polis. Maka, Murni menceritakan apa yang berlaku. (Teknik Flashback). Dimulakan dengan sekumpulan pelajar wanita yang dianggaotai oleh Alyssa, Murni, Junita, Kerek, Tini dan Marina. Mereka pergi ke sebuah hutan, dan bermain jampi serapah. Murni membaca jampi serapah itu. Tiba-tiba, Marina diserang histeria. Dia dikejarkan ke bilik rawatan, dan dipanggil bomoh utk merawati Marina. Rupanya Marina hanya berpura-pura , dan rancangan ini merupakan rancangan kumpulan mereka. Atas kenakalan mereka, mereka di denda untuk tinggal di asrama lama selama 3 hari semasa cuti penggal. Mereka ditempatkan di asrama lama. Pada satu ketika, Junita telah ternampak tukang kebun menanam sesuatu di dalam hutan, dan Junita mengambil barang itu ke dorm mereka. Sepanjang mereka berada disitu, meraka diawasi oleh Zenta, seorang pengawas sekolah. Pada malam itu, mereka bermain cerita hantu dan kumpulan ini mencabar Zenta untuk berada di makmal sains yang kononnya pernah berlaku pembunuhan kejam. Zenta menyahut cabaran itu. Rupa-rupanya Zenta di permainkan oleh kumpulan itu. Namun, atas keberanian Zenta itu, dia telah dipilih menyertai kumpulan itu. Pada ketika mereka sibuk bercerita, Junita keluar daripada bilik dan dirasuk , dan membunuh Cikgu Helmi. Junita turut terbunuh. Rakan-rakannya tidak mengetahu mengenainya. Pada keesokkan hari, mereka dibahagikan tugas. Semua diberikan tugas yang berat kecuali Alysa. Rupa-rupanya Zenta menaruh hati kepada Alysa. ( les sungguh). Pembunuhan bersiri berlaku. Marina telah terbunuh di dalam tandas. Dan seterusnya mereka menjumpai mayat Cikgu Helmi. Alysa dan Zenta mencari tukang kebun, tetapi tukang kebun tiada dibilik mereka. Tiba-tiba tukang kebun muncul di dorm mereka dan meminta balik barang yang diambil oleh Junita. Oleh kerana ketakutan, Tini dan Kerek melarikan diri. Namun berlaku pergaduhan antara mereka dan dalam tidak sengaja, Tini telah membunuh Kerek. Dan selepas itu, Tini dibunuh oleh jembalang itu. Tukang kebun turut dibunuh. Lentok (bf Junita) dan Riz (bf Alysa) dtg dan utk membantu. Tetapa Lentok, Riz, Zenta dan Alysa turut dibunuh. Alysa tidak dibunuh kerana dia merupakan tuan kepada jembalang itu.

Komen: Cerita yang agak seram. Elemen-elemen seram itu menjadi namun malangnya jalan cerita yang terlalu ringkas dan mudah untuk diramal dari awal.
(3.5 bintang)

2 comments:

Anonymous said...

a'ala..len kli bg la skali d0wnload movie pnye link!..bru best!..

SoLeHiN said...

sokonga lah industri perfileman Malaysia dengan membeli yang original..hehe