Wednesday, December 17, 2008

Movie Yg Ku Tonton

Body Of Lies

Cerita ini mengisahkan pemberontakan penganas dan pengeboman yang dilakukan oleh puak terlampau yang bernama Al-Saleem. Ini memberikan nama buruk kepada Islam dimata masyarakat dunia. Seorang agen bernama Roger Ferris (leonardo dicaprio) daripada CIA dikehendaki menyiasat mengenai penganas-penganas itu. Cerita ini berlatarbelakangkan negara-negara Timur Tengah seperti Iraq dan Jordan. Dalam cerita ini menonjolkan Ferris boleh berbahasa Arab, dan boleh memberi salam, "asalamualaikum" dan "insyallah". Dalam satu tugas yang dijalankan, dia telah digeget anjing dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta. Ferris terpikat dengan jururawat yang merawat nya yang bernama Aisha,warga Iraq, tp fasih bertutur English. Di Ammam, Jordan, dia berkerjasama dengan Hani Pasha, secretariat keselamatan Jordan. Dalam satu gerakan , Aisha telah diculik dan Ferris telah ditawan oleh pengganas Al-Salaam. Tetapi akhirya diselamatkan oleh Hani Pasha dan tentera Jordan. Akhirnya Ferris meletak jawatan sebagai CIA dan menjalankan kehidupan seperti rakyat biasa.

Komen: Masuk keseorangan ke dalam panggung dengan "high- expectation" kerana teruja nk melihat lakonan leonardo dicaprio. Seperti biasa, dicaprio tidak menghampakan dengan lakonan mantap. Namun jalan cerita cite ini agak perlahan dan meleret. Tidak banyak aksi-aksi yang pertontonkan.
(3bintang)

1 comment:

ViAnNa aka VeE said...

hye dearest sr
hohoho

i link u yea..

^_^