Friday, December 12, 2008

Movie Yg Ku Tonton

Sejak percutian semester ku bermula pada 28 Nov 08 yg lalu hingga hari ini (12 Disember 08), aku byk menghabiskan masa menonton wayang. Antaranya ialah TWILIGHT, CICAKMAN, LOS dan FAUN, BOLT dan THE DAY THE EARTH STOOD STILL


THE DAY THE EARTH STOOD STILL

Cerita ini mengisahkan tentang bumi hampir musnah kerana sikap manusia yg ske berperang,global warming dan memusnahkan antara satu sama lain. Maka dengan itu, turun lah keanu reaves yg konon2 nye makhluk drp planet lain dtg menaiki sfera utk menghapuskan makhluk dibumi kerana dgn matinya makhluk di bumi, maka bumi akan terselamat. Pada awalnye keanu reaves nie ditangkap oleh angkatan tentera US, namun dgn pertolongan Helan (jennifer connelly), keanu reaves berjaya melarikan diri. Pada akhirnya, ramai yang terbunuh akibat drp banjir dan ribut. Helen merayu pada keanu reaves utk menghalang banjir dan ribut itu.keanu reaves berjaya menghalang semua bencana itu dan di pulang ke tempat asalnye (biasala, hero la katakan). Ending, semua di bumi menjadi bergelap gelita.

komen:- Cerita macam tergantung ending dia, slow n agak complicated pada awalnye..
(3bintang)


CICAKMAN: PLANET HITAM

Cicakman 2,smbgan cicakman. Profesor Klon berjaya melarikan diri drp penjara. Dengan bantuan Rrama, Profesor Klon mahu balas dendam terhadap Cicakman. Prof. Klon dengan rancangan barunye utk mencemarkan air mentah di Metropulus dan diseluruh dunia, agar dia dpt menjual alat menjernih air agak dia kembali dihormati dan diangkat menjadi Presiden Metropulus. Namun begitu hasratnya dihalang oleh Cicakman. Cicakman berjaya mengalahkan Rrama dan Prof. Klon dan menghalang Prof. Klon drp mencemarkan air di Metropulus. Sampai saat ini, Tania masih tertanya-tanya siapakah Cicakman yang sebenar. Adakah akan ada Cicakman 3? Tggu.

Komen:- Jalan cerita yg menarik, tp CGI yang digunakan agak macam tidak real. tp mcm biasa, persembahan mantap Saiful Apek, Sharifah Armani, Aznil, Fasha dan . Tahniah kepada Yusry. Percubaan CGI yang bgs n boleh ditingkatkan.
(3 bintang)

LOS dan FAUN

Cerita ini mengisahkan 2 sahabat baik yang datang ke KL untuk membuka syarikat mencari barang hilang. Pada satu hari, Puan Jasmin memanggil meraka untuk menyelesaikan satu kes di mana jam milik arwah suaminya, Tuan Soffar yang berharga RM 30 juta yang didapati telah hilang semasa kematian suaminya itu. Los dan faun dibantu oleh 2 agen insurans (stephen + ____). Setelah selesai disiasat, Faun mendapati rupa-rupanya Pn. Jasmin telah bersubahat dgn 2 agen terbabit utk mencuri jam tersebut bagi menuntut insuran. Tp malang nya, jam berlian itu hanyalah palsu dan Tuan Soffar masih hidup dan akhirnya Tuan Soffar, Pn. Jasmin dan 2 agen itu diberkas polis.

Komen:- Lakonan mantap oleh pelakon-pelakon cerita ini. Tetapi jalan cerita yang agak complicated, dan memerlukan fokus 100% utk memahami itipati cerita berkenaan. Agak memerlukan critkal thinking. budak-budak mesti x phm coz aku bwk anak sedara akuyg berumur 10thn, dia ckp dia x ske cerita 2.
(3bintang)


TWILIGHT

Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Bella, pergi ke rumah ayahnya di Washington. Mak dan ayahnya telah bercerai akibat kesibukan ayahnya sebagai ketua polis di situ. Bella memasuki alam persekolahan baru di Washington dan bertemu dengan seorang jejaka yang jambu (hensem) bernama Edward Cullen. Bella telah jatuh cinta pada Edward selepas Edward menyelamatkannya drp dilanggar van. Bella mendapati Edward mempunyai kuasa yang ajaib. Bella cuba bertanya kepada Edward, tetapi Edward byk mengelak. Akhirnya mereka couple, dan Edward berterus terang menyatakan bahawa dia adalah VAMPIRE. Bella menerima Edward dan Bella dikenalkan kepada keluarga Edward. Semasa meraka, iatu keluarga Edward dan Bella bermain softball, mereka didatangi 3 vampire jahat dan dia menghidu salah sorang drp mereka iaitu Bella, ialah manusia. Vampire kan hisap darah manusia.Tetapi berjaya dihalang oleh Edward and his family. Salah sorang drp Vampire jahat itu telah mengugut Bella utk membunuh emaknya. Akhirnya Bella melarikan diri drp Edward utk menyelamatkan emaknya. N.amun malangnya, itu hanyalah tipu muslihat. Bella telah dicederakan, dan Edward berjaya mengalahkan Vampire itu dan Vampire itu dibunuh. Bella sudah sihat dan meminta Edward menghisap darah nya agak dia boleh menjadi Vampire seperti Edward. Pada awalnya, Edward agak keberatan, namun akhirnya, Edward menuruti kehendak Bella. Adakah ada smbgan Twilight? Tunggu.

Komen: Permulaan yang slow dan agak bohsan. Namun dipertengahan,cerita ini menjadi best sehinggalah ke akhir.
(4 bintang)


BOLT

Cerita ini mengisahkan seekor anjing bernama Bolt yang tinggal di Hollywood. Dia dikawal oleh syarikat produksi kerana utk membuatkan bolt mengetahui bahawa dia mempunyai super power sedangkan dia tiada superpower seperti yang direka-reka di dalam drama. Pada suatu hari, dia terpisah drp syarikat rakaman nya dan berada disuatu tempat yg tidak diketahui nye. Dalam perjalanan hidupnya, dia menempuh pelbagai kesukaran dan dia sendiri mendapati dia tidak mempunyai superpower seperti dalam drama. Dengan bantua Mitten dan Rhino (kucing dan hamster), dia berjaya sampai semula ke Hollywood utk bertemu tuan nya, dan dia berjaya menyelamatkan tuannya daripada kebakaran. Akhirnya meraka hidup aman damai dan bolt menerima hakikat bahawa dia tidak mempunyai superpower.

Komen:- Cerita yang menarik. Menghiburkan. Mudah difahami.
(4 bintang)


* summary cerita ini dikarang oleh penulis Tulisan Hati sendiri. Jika ada kesilapan, harap di maafkan. Komen-komen di atas juga antara komen-komen peribadi. tq.

*sila berikan komen-komen anda mengenai filem2 di atas jika anda telah menontonye.

4 comments:

Aimi Sachiko said...

oh edward cullen~
novel twilight best agi kot.
muvi byk potong.
heee~

NoTy aYUe said...

huhu
bg aku,
twilight byk menarek mint aku dr filem len so aku try n tgk citer tu..

Lutfee~ said...

aku nak g tgok the day the earth stood still.. rasenyer berbaloi x?????

SoLeHiN said...

sangat buhsan..tp kalo ko peminat keanu reaves mahupun jennifer connelly, ok la...cite nie ada moral of the story. cam manusia bwk kemusnahan, tp manusia boleh berubah jika kita bg peluang.. skang xda cite yg tol2 best...