Monday, December 15, 2008

Mari Belajar Berdebat (Part 1)

Kenali 10 Perkara "Haram" Dalam Perdebatan

1) Terperangkap dalam definisi

cth:

Usul- (Subsidi ) (membantutkan ekonomi negara)
A B
-perkara yang perlu diperdebatkan ialah mengapa dan bagaimana subsidi itu membantutkan ekonomi negara, bukannya memperdebatkan jenis subsidi yang ada

2) Kesilapan pada fakta yang terlalu asas

cth:

- Malaysia terbentuk pada 31 Ogos 1957. Ini adalah kenyataan yang salah. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.

3) Tidak menguasai konteks isi

cth:

-Kegagalan dalam menerangkan sesuatu secara specifik dan khusus. Contoh apa itu Pelan Integriti Nasional, 13mei 1969, DEB , dll.

4) Fakta yang tidak mempunyai korelasi/ hubungan

cth:

-Apabila bercerita dalam kata kunci perpaduan, fakta kes/cth mestilah berkait rapat dengan perpaduan. Dan jangan campur aduk dengan isu ekonomi mahupun sosial.

5) Fakta dan isi yang tidak menyokong hujah

cth:

- Sebagai contoh, apabila bercerita mengenai sudut ekonomi, dengan Usul : subsidi membantutkan ekonomi negara, sesebuah pasukan lebih sesuai utk membincangkan tentang KDNK,inflasi dan FDI berbanding drp membawa hujah drp segi mikro dan makro ekonomi. Atau dr kata lain, pilih hujah yang paling kuat untuk menyokong kes anda.

6) Jangan guna fakta purba

cth:

-jika menyertai debat apa-apa sekalipun, seboleh-bolehnya mencari fakta-fakta kes yang baru dan semasa. Jangan ambil fakta kes yang lama kerana menunjukkan bahawa kita kekurangan idea dan juga pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu perkara yang baru.

7) Melambakkan fakta kes/contoh

cth:

-Sebagai pendebat yang baik, sesuatu fakta kes/contoh yang kita bagi, kita mestilah menerangkan satu persatu contoh tersebut. Bukan sekadar menyenaraikan contoh-contoh yang ada kena mengena dengan hujah anda sahaja tanpa sebarang penerangan.

8) Penipuan fakta yang tidak menjadi.

cth:

- Datuk Sri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi menyeru mahasiswa perlu mengasah bakat dalam kepimpinan semasa temubual di Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 januari 2008. (penipuan fakta)
-Datuk Sri Khaled Nordin hanya dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi selepas PRU12 8Mei 2008.
-Berhati-hati jika juri yang mengadili anda adalah juri MADUM (Majlis Debat Universiti Malaysia), kesilapan sebegini akan membawa padah yang sangat besar.

9) Gagal meletakkan fakta mengikut konteks

cth:

- Apabila ingin memberikan fakta, kita mestilah memilih fakta yang paling kuat untuk diperhujahkan, bukan meletak fakta yang mempunyai nilai hujah yang rendah untuk diperdebatkan.

10) Fakta terlalu kompleks

cth:

- Dalam perdebatan, jangan memberikan fakta yang terlalu kompleks. Jika usul ini sepert "Sabun mandi memberikan keburukkan". Sebagai contoh. anda merupakan pelajar jurusan kejuruteraan kimia dan memberikan hujah daripada sudut kimia, sehingga memeningkan juri dan menimbulkan perdebatan yang berat sebelah.


Kesimpulan:
-cuba mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara di atas supaya perdebatan yang dijalankan akan lebih berkualiti.

-Tulisan Hati-

2 comments:

mirasue said...

ow hahaha..
bagus2 dr segi teori..
tp bla terperangkap dlm tempoh singkat..
kita mudah lupa semua ini..

sy masih mengharapkan ketenangan n mampu mempraktikkan ini..

tanx2 fer da info!ailevit~

SoLeHiN said...

ya, tp practise make perfect...