Friday, December 12, 2008

Juara Lagu Separuh Akhir


Muzik-muzik separuh akhir berakhir semalam dengan separuh akhir pop rock(12 Dis 08). Sebelum ini berlangsungnya muzik-muzik separuh akhir etnik kreatif dan juga balada pada 28 Nov dan 12 Dis 08.

Sepanjang separuh akhir ini berlangsung , 14 lagu telah dipilih untuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL 09).

ETNIK KREATIF

1) Doa Dalam Lagu ( Mawi & Heliza)
2) Dusta Berkalang ( Aiman )
3) Persoalan Cinta ( Farawahidah)

Komen : - Lagu-lagu etnik kreatif kali ini kurang penyertaan. Rasanya ramai komposer kurang berminat utk mengubal lagu etnik atau pon world music. Boleh juga dikatakan sukar utk membuat lagu-lagu sebegini jika dibandingkan dengan balada dan pop rock yg sering didendangkan oleh artis Malaysia mahupun Indonesia. Dengan kapisiti 3 kuota, akhirnya diisi oleh 3 lagu diatas. Jika dilihat kepada senarai diatas, mungkin lagu Doa Dalam Lagu ciptaan Ajai dan Arwah Loloq mempunyai kelebihan dalam kategori ini. Itu hanya mengikut firasat penulis Tulisan Hati. Mungkin sebab lagu itu sahaja didendangkan di corong-corong radio.

POP ROCK

1) Yang Pernah ( Estranged )
2) Lagu Untukmu ( Meet Uncle Hussein)
3) Kalis Rindu (Elyana )
4) Bukan Disini (Sofaz)
5) Aku Stacy ( Stacy )

Komen: Persembahan keseluruhan 12 artis yang perform semlm sgt menakjubkan jika nk dibandingkan dengan etnik dan balada. Kesemua artis menunjukkan keistimewaan mereka. Sebagai cth, Stacy dengan tarian yg kemas dan stamina yang baik, Hattan bergandingan dengan Eddie Hamid bermain gitar, Elyana dengan menyanyi sambil duduk (kali nie dia pakai kasut, hehe), dan lain- lain. Keputusan ke AJL 2009 diungguli oleh artis berkumpulan. Keputusan mengumumkan 3 artis berkumpulan dan 2 artis solo seperti diatas. Bagi artis berkumpulan, kesemua lagu yg mereka nyanyikan adalah lagu hasil ciptaan ahli kumpulan mereka sendiri. Kemungkinan besar juri-juri kali ini ingin memberi peluang dan pendedahan kepada anak-anak muda dan music indie supaya meningkat naik dalam arus muzik tanah air.

BALADA

1) Sampai Syurga (Faisal Tahir )
2) Cuba (Faisal Tahir)
3) Bila Nak Saksi (Spider)
4) Lagu Kita (Aizat )
5) Hanya Di Mercu ( Ayu )
6) Dingin (Ziana Zain)

komen : Kategori ini ada sidikit kontroversi. Semalam semasa pengumuman lagu yang layak utk kategori Pop Rock, ada sedikit selingan dimana TV3 bersetuju utk menambah lagu dalam kategori balada kerana kualiti-kualiti yang tinggi (kononnya). Akhirnya, lagu ke-6 diumumkan semalam dengan lagu Dingin, Ziana Zain dipilih. Harap-harap Kak Ziana jgn tarik diri or kecik hati kerana lagunya diumumkan lambat seminggu. Bagi kategori Pop Rock ini, Faizal Tahir berjaya menempatkan 2 lagunya ciptaan Audi Mok di final mengulangi AJL thn lepas. Juara OIAM, Ayu juga berjaya walaupun nyanyian dia x berapa baik ketika itu. Rezeki.


Firasat TULISAN HATI mengenai Anugerah Juara Lagu 2009

1) Juara Etnik Kreatif = Doa Dalam Lagu ( Mawi dan Heliza)

2) Juara Balada = Sampai Syurga (Faisal Tahir )

3) Juara Pop Rock = Aku Stacy ( Stacy t )

4) Persembahan Terbaik = Stacy


* Ini semua andaian dan firasat TULISAN HATI sahaja, jika anda ada andaian yang lain, sudi-sudilah berkongsi andaian dan pendapat korang di blog ini. TQ..

1 comment:

ika_adeela said...

Mengikut perkiraan saya lah

Juara Balada : Bila nak saksi
Juara Pop Rock : Kalis Rindu
Juara Etnik : TAK MINAT PUN

Juara Lagu : Bila nak saksi...

Mengikut perkiraan saya lah...bukan betul pun...