Saturday, November 27, 2010

Analisis Sukan Asia Edisi Ke-16 Guangzhou

Analisis ringkas penulis mengenai beberapa acara sukan di Sukan Asia Guangzhou:

1. Badminton
  • Dalam sukan ini, kita gagal merangkul pingat emas apabila penyandang emas Sukan Asia di Doha Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Indonesia. Datuk Lee Chong Wei terus longlai di tangan Lin Dan yang sesungguhnya berada di tahapnya yang tersendiri
  • Prestasi buruk badminton dimulakan oleh pasukan lelaki a/b tewas di tgn THAILAND. Kekalahan ini sungguh tidak dapat diterima akal a/b Lee Chong Wei kalah, dan tewas 3-2 kepada Thailand. Kekalahan ini juga dikritik oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Shabery Chik. Kritikan ini ada asasnya apabila sy melihat terutamanya perseorangan negara yang ke-3 begitu lemah, dan tidak dapat menyerap tekanan semasa didalam pertandingan.
  • Nampaknya skuad badminton negara begitu ketandusan pemain dan hanya berharap kepada Chong Wei dan Koo-Tan. Hafiz Hashim sudah tidak berada ditahap yang baik, dan Choon Hann sy kira sudah menggantung raket drp mewakili skuad kebangsaan. Namun belum dapat bayangan pengganti mereka yang berkaliber.

2. Bola Sepak
  • Skuad kali ini hadir di bumi Guangzhou bersama-sama skuad tempang a/b 9-10 pemain dlm skuad utama tercedera. Kalau sy menjadi jurulatih juga akan pening kepala. Ia turut berlarutan a/b semasa perlawanan pertama, Norhafiz sebagai kapten dan bek tgh tercedera. Semasa perlawanan kontroversi melawan China di mana 2 pemain Malaysia dilayangkan kad merah tanpa sebab yg relevan.
  • Tetapi skuad kita mampu mara ke pusingan kedua, walaupun hanya menang sekali dan kalah 2 kali. Semangat juang mereka harus dipuji, namun banyak kelemahan yg perlu diperbaiki. Semoga mereka berjaya di Piala Suzuki bulan hadapan.
3. Bowling
  • Sukan ini diberikan harapan yg cukup tinggi terutama barisan wanita kita utk mengulangi sejarah pada Sukan Asia Doha 4 thn yang lalu. Namun begitu, skuad wanita beraksi longlai dan gagal mendapatkan emas.
  • Sy melihat skuad ini membariskan pemain2 yang berusia seperti menunjukkan kita ketandusan pemain yang hebat. Cthnya, seperti Shalin Zulkifli yang seperti hilang sengatnya. Kita ada pemain muda seperti Zandra Aziela, namun pemain2 muda ini masih kekurangan pengalaman terutama di Kejohanan-kejohanan besar seperti Sukan Asia
  • Skuad bowling negara diselamatkan oleh skuad lelaki yang boleh dianggap beraksi mantap a/b Alex Liew menang dlm acara All-Events , dan dlm acara pair bersama Adrian Eng.
4. Skuasy
  • Pasukan squasy negara menjadi penyumbang pingat emas terbyk negara dlm edisi kali ini dgn 3 emas, 2 individu lelaki dan wanita, dan 1 dr pasukan wanita. Kita seharusnya menyapu bersih keempat empat pingat emas itu tetapi skuad lelaki gagal menewaskan pakistan di final.
  • Agak pelik dimana Azlan Iskandar menang dlm acara individu, namun beliau tewas dlm acara berpasukan. Ong Beng Hee juga mengalami kemerosotan prestasi a/b gagal dlm acara individu dan terkandas semasa semi-final. Beliau juga turut kalah dlm acara berpasukan.
  • Pelapis dalam acara ini juga kurang menyerlah terutama acara lelaki. Perseorang ke-3 negara Nafzwan dirasakan terlalu jauh ditinggal dibelakang perseorgn pertama dan kedua negara, Azlan dan Beng Hee. Namun dlm dalam acara wanita, sy melihatkan seakan ada sinar penganti kepada Nicol, seperti Low Wee Wen yang menang gangsa dan juga Delia Arnold perseorangan ke-4 negara yang kedua-duanya masih muda.
5. Terjun
  • Acara ini begitu menarik kerana setiap acara kita mendapat pingat kecuali acara di hari terakhir, dimana atlet wanita kita menarik diri kerana kecederaan.
  • Dalam acara ini, kita sememangnya tidak dapt menandingi China yang terlalu unggul. Tetapi nama seperti Bryan Nickson Lomas, Kee Nee, Mun Yee, Pandaleela berjaya menyumbangkan pingat perak dan gangsa kepada negara.
  • Kelemahan pasukan ini ialah kita hanya menggunakan orang yang sama setiap hari, 3m papan anjal, 10m platform, sama ada individu, ataupun berpasangan sehing Mun Yee dan Pandeelela tercedera dan terpaksa menarik diri pada acara terakhir dan Malaysia turut kehilangan pingat terutamanya pingat gangsa.
  • Namun, syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka, namun begitu, usaha perlu dilipat gandakan kerana jarak kehebatan mereka dengan peserta China masih sgt jauh, dan dapt dilihat dr segi pungutan mata semasa pertandingan.

6. Basikal Keirin
  • Acara ini berjaya merangkul 1 pingat emas, dan 1 perak masing-masing melalui Azizulhasni dan Josiah Eng. Kegagalan Azizulhasni merangkul pingat emas di Komanwel yang lalu a/p pingat emas yg dimenangi beliau dibatalkan akibat kesilapan teknikal berjaya ditebus di sukan Asia kali ini.
  • Bukan mudah kerana sy melihat pelumba basikal dr China dan Korea Selatan begitu hebat a/b mereka menguasai acara-acara yg lain, namun dalam acara keirin perseorang, tempat 1,2 menjadi milik negara.
  • Sikap bias penganjur yg menukar jadual disaat akhir dan menyebabkan Azizulhasni tidak dapt turun didalam beberapa acara menyebabkan negara kita kehilangan beberapa peluang merangkul emas.
  • Kelemah skuad basikal keirin mungkin hanya dilihat pada pasukan wanita kita yg gagal menyinar dan terlalu berharap kepada Fatehah Mustapha sahaja. Skuad negara perlu mencari pelumba-pelumba wanita terutama dalam acara keirin ini yg sememangnya menunjukkan peluang besar Malaysia utk menguasainya.

Semoga atlet-atlet negara terus berusaha terutamanya di Sukan Olimpik London 2012, Sukan Komanwel 2014 di New Delhi, India dan juga Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

"Majulah sukan untuk negara".

*Ini adalah pendapat peribadi penulis sepanjang menjadi pemerhati bebas sukan asia semasa cuti semester. =)

9-18-14

Pasti ramai yang tertanya apakah maksud disebalikangka-angka diatas? Pasti juga ada yg sudah mengetahui. Angka-angka ini merupakan bilangan pingat yang berjaya dimenangi oleh skuad negara di Sukan Asia edisi Ke-16 di Guangzhou China.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mengutip pingat dalam acara masing-masing. Disamping itu, ini merupakan edisi yang paling berjaya kepada skuad negara kerana berjaya merangkul 9 emas mengatasi 8 emas semasa edisi di Doha pada tahun 2006. Ia juga sekaligus menepati ramalan Majlis Sukan Negara (MSN) yang menyasarkan 9 pingat emas.

Antara mereka yang berjaya mendapatmeraih pingat emas ialah:


Alex Liew (1 emas All Event) + 1 emas dlm acara pair bersama Adrian Eng (BOWLING)


Azlan Iskandar (Squasy Individu)


Nicol David (1 emas individu) + Ber
pasukan (Squasy)


Ku Jin Kiat (Kata) + R.Puvan
eswaran (Kumite) (Karate)


Azizulhasni Awang (Berbasikal Keirin)

Chai Fong Ying (Wushu)

TAHNIAH KEPADA WIRA DAN WIRAWATI NEGARA!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA! =)

Thursday, November 25, 2010

"Alejandro" dan yang tersirat

Don't call my name.
Don't call my name, Alejandro.
I'm not your babe.
I'm not your babe, Fernando.

Di awal penerbitan lagu ini, saya juga asyik melayani bait-bait lirik ini. Tapi pada masa itu saya agak jahil. Tidak dapat dinafikan, lirik yg catchy, dan melodi yg mudah diingati, ia seakan-akan menjadi “zikir nyayian” kepada kita yang mendengarnya.

Namun selepas sy terbaca sebuah artikel di Majalah Keagamaan, barulah saya sedar terdapat sesuatu di sebalik lagu “Alejandro” ini. Lagu ini menyelitkan element “double meaning” yang sebenarnya lari daripada norma dan nilai adat ketimuran. Lebih malang lagi, ia juga menyentuh kepada sensitivity agama, kaum, dan budaya. Lihat sahaja video klip penyanyi berpakaian pelik ini seperti Paparazi, Telephone, Alejandro dan banyak lagi. Jika anda perasan, anda pasti akan terlihat kelibat salib terbalik, lingkaran hitam putih, panahan kilat, dan nombor 6. Element-element ini sesungguhnya wujud didalam video klip dan dan mempunyai maksud yang tersirat.

Di dalam buku bertajuk “Nyanyian dan Muzik” nukilan Dr. Yusuf Al-Qardawi menjelaskan, sesuatu penyesatan dari jalan Allah sebenarnya boleh berlaku berdasarkan nyayian dan mendengar lagu sama ada disedari atau tidak disedari oleh penyanyi, pemuzik , composer dan juga pendengar itu sendiri.

Dalam Surah Luqman ayat 6 juga mengatakan “sesungguhnya nyayian ialah senjata menyesatkan manusia dari jalan Allah”. X perlu melihat Lady Gaga, kita lihat sahaja artis Malaysia.

Contohnya bait-bait lagu ini:

Tiada lafaz yang lebih agung

Kalimah cintamuYang ku tunggu-tunggu

Biar jasadku yang menanggung

Permainan darimu

Relaku pujuk

Dalam lirik ini menyatakan tiada lafaz yang lebih agung selain kalimah cinta daripada kekasihnya, sedangkan sebagai umat Islam, kita tau kalimah yang paling agung ialah kalimah memuji kebesaran Allah S.W.T. (Ini ialah sekadar contoh)

Kita berbalik kepada “Alejandro” dan Lady Gaga, dapat saya rumuskan dan ringkaskan penggunaan beberapa symbol –symbol yang sebenarnya menyentuh sensitivtity masyarakat dunia.

Simbol No. 6: Lady Gaga dilihat selalu menunjukkan tanda bulat dimatanya yang menyerupai seakan-akan teropong dengan mengunakan jarinya. Sebenarnya, tanda itu menyerupai symbol no.6 yang di ambil daripada angka trio 666 yang bermaksud ‘nombor keganasan’ atau pun disebut sebagai The Number of Beast. (http://en.wikipedia.org/wiki/Number_of_the_Beast)


Simbol Panahan Kilat: Terdapat sesetengah pakaian yang diperagakan oleh Lady Gaga mengandungi symbol berbentuk panahan kilat. Panahan kilat itu member maksud pembawa kemusnahan serta keganasa Tuhan yang mentadbir alam (http://www.crossroad.to/Books/symbols1.html)

Simbol Kepala Kambing: Simbol yang sememangnya sinonim dengan pengabdian syaitan di mana tanda ini sering kali digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti pemujaan dan aktiviti-aktiviti hitam yang lain. Ia juga digunakan sebagai prop di dalam video klip Lady Gaga

Simbol Lingkaran Hitam dan Putih: Ia digunakan oleh Lady Gaga sebagai prop video klipnya. Ia mewakili matahari dan Tuhannya menurut kepercayaan Kaballah Freemason.


Simbol Mata: Ia dianggap sebagai “mata tuhan” yang mampu melihat sekalian alam menurut kepercayaan Freemason dan illuminati. Hal ini dapat dilihat ketika Lady Gaga sering menonjolkan matanya pada gambar-gambar serta video klipnya


Simbol Salib Terbalik: Ia dikatakan sebagai symbol yang membawa kepada penyelewengan dan sesuatu yang negative iaitu membawa kepada konsep Satanism. Ia sering digunakan dalam upacara ritual dan ilmu gelap

.

Simbol Sacred Heart: Ia merupakan pendarahan hati Tuhan sebagai memilihara kesejahteraan umat manusia. Sacred Heart ini adalah hati yang dipenuhi darah serta dililit dgn dawai besi dan paku.

“Alejandro” dan “Fernando” yang diceritakan dalam korus lahi ini bukanlah merujuk kepada manusia biasa seperti lagu-lagu cinta yang lain. Kedua-dua nama ini merujuk kepada tuhan agama tertentu yang mempunyai kuasa luar biasa yang mampu memilihara umat sejagat.

Ada satu scene dimana di dalam video klip ini menunjukkan Lady Gaga mengangat tangan ke langit sambil menyebut kedua-dua nama tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat, ia sekadar lagu. Namun sy fikir inilah antara senjata-senjata halus yang digunakan utk meresap kedalam anak2 remaja yg masih rampuh keimanannya. Diri saya juga x pernah terlepas daripada perkara ini. Diharap kita sama-sama mampu menanganinya dengan bijak dan berhemah. =)

1.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha





Pengajaran Sempena Hari Raya Aidiladha:

1. Setiap kesukaran akan ada kemudahan
2. Tanpa pengorbanan akan sukar untuk mencapai kejayaan

sumber: Khutbah Aidiladha, Masjid T.Pelangi, 17 Nov 2010, JAIJ. =)


* Semoga umat Islam yang menunaikan Haji selamat pergi dan selamat pulang serta mendapatkan haji yang mabrur. InsyaAllah.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 @ Happy New Year


Berlalu sudah tahun 2009... Menjelma pula tahun 2010. Apa maknanya? Yang pasti, ak semakin tua... Haha..

Tahun 2009 ialah tahun TRANSFORMASI...

Daripada pelajar asasi undang - undang, kini pelajar Sarjana Muda Undang-undang (BLS)

Daripada Merbok yang aman damai, kini di Shah Alam yang hiruk -pikuk

Daripada orang yang sibuk dgn Prelaw Club, kini hanya selesa dgn ahli biasa Law Society

Daripada pendebat UiTM Kedah, kini pendebat UiTM Shah Alam

Daripada penduduk terhormat di Malinja, seterusnya menetap di Perindu, kini bebas di rumah sewa Seksyen 7.


Banyak kenangan manis-pahit sepanjang 2009. Jika ada kelapangan ak akan coretkan di sini, Semoga tahun 2010 akan membawa 1001 kebaikan kepada kepada kita semua. AMIN

Thursday, December 24, 2009

Muallaf - Karya Terakhir



Hari ini, 24/12 saya telah melangkah ke pawagam utk menonton filem Muallaf, filem kelima dan arahan terakhir arwahyarham Yasmin Ahmad.

Filem ini telah lama disiapkan sekitar 2 thn yang lepas, namun hari ini sahaja baru ditayangkan di Malaysia. Ia telah ditayangkan di Singapura dan telah berkelana di serata dunia, namun bumi tercinta seakan lambat menerima kehadirannya.

Secara jujurnya, filem ini agak berat untuk ditonton kerana mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan agak berat. Namun itulah keistimewaan arwahyarham.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan 2 beradik , Rohani (amani) dan Rohana (alesyha) yang merupakan anak seorang Datuk (Rahim Razali) yang kaya. Mereka telah melarikan diri drp ayahnya, setelah ibu mereka meninggal dunia kerana ayahnya seorang yang kaki pukul dan kaki arak. Mereka melarikan diri dan menetap di Ipoh di sebuah rumah kawan kepada ibunya.

Rohani terpaksa bekerja di pub bagi menyara persekolahan adiknya, Rohana. Mereka telah berkenalan dengan cikgu sekolah rohana, Brian Goh (Brian Yap). Brian tertarik dengan dua beradik tersebut kerana kegigihan mereka mendalami agama Islam. Persahabatan antara mereka terus terjalin.

Keadaan ini mengingatkan Brian kepada zaman silam ketika dia masih lagi kecil. Dia telah dihukum berbogel dihadapan orang ramai oleh bapanya, seorang alim katholik kerana telah melakukan "onani". Ini membuatkan Brian hilang kepercayaan kepada agama.Sejak itu, Brian tidak berkunjung ke gereja walaupun sering didesak oleh ibunya.

Secara keseluruhan, filem ini mengangkat nilai persahabatan, kemaafan dan penerimaan sebagai nilai utama dalam filem ini.

Pengajaran

1. Jangan bersikap iri hati
- Cindy (rakan sekerja Rohani di pub) bersikap iri hati dengan Rohani kerana Rohani lebih disenangi oleh pelanggan dan bosnya.

2. Adat masuk ke rumah orang
- Adegan terlupa membuka kasut oleh Brian ketika hendak masuk ke rumah Rohani diulang 3 kali dari awal hinggan ke akhir. Ini bererti kita mengamalkan budaya timur, bukan seperti
budaya barat, sesuke hati jek masuk rumah orang pakai kasut.

3. Nilai setiakawan
- Walaupun Cindy iri hati dengan Rohani, dia sanggup tidak memberitahu alamat Rohani kepada samseng2 upahan ayah Rohani. Akibatnya, Cindy dipukul oleh samseng2 berkenaan.

-Cindy juga telah memberikan duit dari keuntungan pub itu kepada Rohani tanpa pengetahuan Rohani. Ini kerana Cindy mengetahui kesusahan Rohani untuk meneruskan kehidupan tanpa keluarga disisi

4. Keburukan meminum arak
- Jelas, kerana arak lah yang telah mengubah ayah Rohani menjadi kaki pukul. Arak lah yang telah memisahkan kasih sayang antara mereka.

- Terdapat salah satu dalam satu dialognya dalam filem ini seakan menyindir pendirian golongan2 tertentu yang masih lagi tiada keberanian untuk mengharamkan arak di negara ini walaupun kita tahu kesan buruk arak daripada sudut kesihatan fizikal dan mental.

"I don't hate my father, but i just hate the drink.. it had done so much damage...but until now, no one has the guts to ban it"..(lebih kurang la dialog dia cam nie)

5. Nilai kemaafan dan sikap tidak berdendam
- Nilai ini diterapkan semasa sebelum mereka tido, memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam kepada sesiapa.

- Nilai ini juga ditonjolkan oleh Rohani yang sanggup merawati ayahnya yang diserang strok walaupun ayahnya berperlakuan jahat terhadap dirinya dan Rohana.

6. Semangat untuk mendalami ilmu agama
- Dalam cerita ini, kelihatan Rohani dan Rohana kelihatan masih "jahil" dalam Islam. Namun mereka bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu Islam dengan membaca tafsir2 Al-Quran dan cubaan untuk mendapatkan guru bagi mengajar mereka secara lebih formal.

Kesimpulan

Bagi sesiapa yang ingin menonton filem ini, masuk lah pawagam dengan hati dan minda yang terbuka.

-3.5 bintang-

* Al-Fatihah kepada Allayarham Yasmin Ahmad

Sehati Berdansa : Final Stage (26/12/09)

sazzy & nazril

VS

sein & nana

Siapa pilihan anda untuk menjuarai rancangan Sehati Berdansa 3?




Saturday, December 19, 2009

My Spy > Storm Warrior > Avatar

4 Bintang
Filem Gelak Ketawa

3.5 Bintang
Filem Bisu
Grafik sangat cantik



4.5 Bintang
Filem yang sangat menarik
Penuh dengan nilai-nilai pengajaran jika kita hayati sebaiknya

Friday, December 18, 2009

Fantasi Negara Bangsa dan Angan-angan 1Malaysia

Soalan yang penting yang perlu dijawab, antara kerajaan dan rakyat, siapakah lebih berperanan untuk memupuk perpaduan? Dan siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan kaedah perpaduan yg dirancang? Saya rasa anda tau akan jawapannya... Tepuk dada, tanya selera...

Semalam kita merayau-rayau di blog-blog bloggers tanah air, sy terjumpe ini.


Hati ini membara jek bila membaca apa yang ditulis. Antara intipati penting ialah "UMT tempat hantu", "biasalah, Universiti tajaan kerajaan mmg begitu" dan "ramai melayu b***".

Kenapa perkara ini berlaku?

Banyak sebabnya. Stigma masyarakat dan kaedah yang dilaksanakan oleh kerajaan belum mampu untuk menghapuskan sifat perkauman yang extreme ini.

Kita perlu lebih rasional dan berada di atas bumi yang nyata. Apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita tidak seperti apa yang kerajaan harapkan. Sifat perkauman yang extreme ini bukan sahaja ada dalam diri masyarakat cina, tetapi melayu dan india juga. Saya boleh senarai 101 anggapan yg dikeluarkan oleh masyarakat2 berbilang kaum ini. Namun, ia tidak akan ada pengakhirannya.

Sifat seperti ini sudah meresap di dalam jiwa. Adakah "pembedahan" perlu dilakukan?

Adakah ubat "1Malaysia" akan menjadi penawar? Adakah konsep "negara bangsa" mampu menjadi "ubat mujarab" kepada masalah ini?

Sekali lagi kita perlu tepuk dada, tanya selera... Renung-renungkan...

Thursday, December 17, 2009